(VIDEO) Bangunan KWSP Jalan Gasing terbakar
14:02 Feb 13, 2018  |  By
(VIDEO) Bangunan KWSP Jalan Gasing terbakar

PETALING JAYA: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Jalan Gasing di sini.

Setakat jam 12.20 tengahari, punca dan impak masih belum dikenal pasti. Buat masa ini, pengguna jalan raya sedang berkongsi foto serta video kejadian di media sosial.

Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat setakat ini, 40 peratus bangunan terjejas dalam kebakaran bangunan KWSP setinggi enam tingkat tersebut. Setakat ini, tidak dapat dikenal pasti sama ada terdapat kemalangan jiwa dilaporkan.

Sejumlah 39 anggota penyelamat dari  beberapa buah Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Petaling Jaya, Hang Tuah dan Pelabuhan Klang telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 11.58 pagi sejurus selepas pihak bomba mendapat panggilan tentang insiden tersebut lima minit sebelum itu.

1 Comment