[VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat!
14:06 Jun 06, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Projek ‘Chong Babi’ Jalan Sipitang - Beaufort RM1.3B gagal, jadi  ‘Jalan Neraka’, lori hantu ancam nyawa rakyat!

sejak 2019 rakyat mengadu. Jalan tak siap. Kontraktor Chong Babi langsi tak peduli aduan rakyat. RM1.3B dua pakej gagal siap dan sehingga disember 2022 tak mungkin siap. Jalan macam ke neraka, lori hantu dongfeng ancam nyawa rakyat. Tapi Chong Babi...

Isu jalan teruk seperti jalan ke bulan khususnya selenggaraan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah bukan baru. Projek yang sepatutnya siap dibatalkan oleh Kerajaan PH-Warisan 2018 diluluskan semula.

April lalu ketika Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof melawat Sabah mengumumkan lima lagi pakej kerja baharu Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah akan dilaksanakan. 11 pakej kerja yang telah dilaksanakan sebelum ini dijangka siap dalam tempoh 2022 hingga 2023

Tiada lagi PFI!

27 Mei baru-baru ini Fadillah Yusof mengumumkan baki 19 daripada 35 Pakej Kerja (WP) dalam fasa pertama projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan dilaksanakan menggunakan peruntukan kerajaan Persekutuan tidak lagi secara menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Sekaligus idea kerajaan negeri secara PFI sebelum ini tidak digunapakai.

"Tiada lagi (keperluan PFI). Sekarang ini sedang dimuktamadkan melalui Kementerian Kewangan berkenaan kaedah pelaksanaan dan perolehan. Anggaran bila mula (dilaksanakan), sekarang ini tengah dimuktamadkan," katanya

29 Mei, Datuk Seri Bung Moktar Radin Menteri Kerja Raya Sabah (KKRS) mengumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan peruntukan sebanyak RM12.7 bilion bagi membina 19 lagi baki pakej fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Pembinaan baki 19 pakej itu dijangka dilancarkan pada November depan selepas syarikat yang layak dilantik Kementerian Kewangan bagi melaksanakannya.

Isu selenggara jalan teruk dan Jalan Alternatif Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah

Pelbagai pihak termasuk wakil rakyat kawasan mengadu tahap prestasi pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah. Rakyat bersyukur Pan Borneo diteruskan tetapi rakyat tidak berpuas hati dengan selenggaraan jalan ketika projek dilaksanakan, jalan rosak teruk berlubang dan laluan alternatif tidak menepati ciri-ciri keselamatan membahayakan pengguna jalan raya

Antara projek yang paling banyak menghiasi media, laman sosial dan penyebab kematian pengguna jalan raya ialah pakej

            WP1: MENAIKTARAF JALAN DARI SINDUMIN KE KG. MELALIA (28.5KM)

            WP2: MENAIKTARAF JALAN DARI KG. MELALIA KE BEAUFORT (34.7KM)

Dua pakej ini dilaksanakan oleh seorang taikun terkenal Sabah iaitu Chong Kek Seng atau ‘Chong Babi’ berasal daripada Sipitang. Dua pakej projek ini bernilai lebih RM 1.3 bilion.  

Projek Menaiktaraf Jalan Dari Sindumin Ke Kg. Melalia dilaksanakan oleh Juta Hajat Sdn Bhd- Syarikat Kumpulan Kemajuan KK (Sabah) Sdn Bhd JV bernilai RM483.058,536.89 sepatutnya siap 3 disember 2021. Projek ini gagal disiapkan masa ditetapkan. Juta Hajat adalah lesen yang disewa oleh Chong Babi.

Satu lagi projeknya ialah Menaiktaraf Jalan Dari Kg. Melalia Ke Beaufort dilaksanakan syarikatnya sendiri Expowarisan Sdn Bhd- Katata Contruction (S) Sdn Bhd JV bernilai RM861,896,188.34 yang akan siap 3 disember 2022.

Kedua-dua pakej projek ini dikuasai oleh Chong Babi melalui syarikat Expowarisan Sdn Bhd dinamakan atas anaknya Steffanie Chong, manakala anak lelakinya Chong Yong Cheong sebagai Pengarah Urusan. 


Chong Babi ni zaman BN kenyang, Zaman Warisan PH terus hidup. Semuanya guna wang..

Revenue syarikat ini 'Kosong' sejak awal syarikat beroperasi rugi RM1.7 juta. Kerugian tahun 2022 hampir RM1 juta. Namun ironik syarikat pernah berhutang dengan Sabah Development Bank Berhad RM194 juta. Namun luar biasa sekalipun diisytihar rugi Expowarisan Sdn Bhd- Katata Contruction (S) Sdn Bhd JV boleh mendapat projek Pan Borneo bernilai RM861,896,188.34. (RM861.8 juta).  

 

‘Chong Babi’ langsi

Siapa tak kenal kontraktor bernama Chong Kek Seng atau ‘Chong Babi’ ini. Banyak isu melibatkan syarikatnya tetapi siapa berani melawannya kerana Chong Babi terkenal dengan pihak atasan melindunginya. Pihak berkuasa pun berani ditamparnya sehingga jadi isu mahkamah. Tapi Chong Babi tak pernah serik dan takut.

Pegawai JKR atau penguatkuasa semua dibayar rasuah bagi menutup salahlaku syarikatnya. JKR sendiri tidak berani bertindak terhadap Chong Babi. Jika rasuah dah terima siapa pegawai JKR yang berani protes Chong Babi?

Isu ambulans dari Sipitang yang membawa pesakit ke Kota Kinabalu mengalami pecah tayar, kemalangan yang menyebabkan kematian, netizen  tanam pisang dijalan berlubang semuanya adalah di dua pakej jalan ini.

Rakyat Sipitang-Beaufort mesti masih ingat kematian Nahrizan Mahsah, 38, kakitangan kerajaan akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 25, Jalan Beaufort – Sipitang. Sabahkini2 pada tahun 2019 pernah melaporkan tentang isu kemalangan tular ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tayar pecah, netizen 'troll' tanam pokok pisang, kini sebabkan kematian tapi JKR Sabah masih tidur!]

 

Tak tular Chong Babi buat bodoh saja. Kalau tular baru bertindak

 

Diketuk baru bekerja

Sejak 2019 hinggalah tahun 2022 isu seperti ini sentiasa saja berlaku di jalan ini. Media sudah penat melaporkan. Terbaru 3 hari lalu seorang penunggang motosikal termasuk jalan berlubang hampir dilanggar oleh lori. Chong Babi dan syarikatnya tidak pernah peduli pun nyawa rakyat. Pemimpin turun padang sendiri betapa teruknya syarikatnya ini melaksanakan kerja-kerja jalan raya.


Penunggang motosikal terjatuh masuk lubang


Sehari selepas tular barulah Chong Babi dan kontraktornya sibuk menutup lubang. Bagaimana jika berlaku kematian?
bertahun ini saja prestasi jalan Sipitang-Beaufort

 

Jika kita semak aduan rakyat dan apa juga yang tulis dalam media sosial begitu banyak masalah pembinaan jalan Sipitang Beaufort ini. Tak hairan jika jalan Sipitang Beaufort ini digelar sebagai 'Jalan Neraka'.


Chong Babi sytle. Hancurkan semua jalan dan tiada jalan alternatif..
Sejak disember 2021 sehingga Jun 2022 progres jalan sama saja


Situasi terbaru jalan neraka Sipitang-Beaufort

 

Paip Pecah dan pencuri air

Kalau tak paip pecah dan tak curi air bukanlah syarikat Chong Babi. Hanya dia saja yang berani melakukannya. Jika rakyat tak mengadu maka penyelesaianya berminggu-minggu. Ketika Warisan berkuasa Chong Babi biasa bergaduh dengan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Drama denda bayar RM20,000 tu kecil saja buat Chong. Jika rakyat Sipitang berdemonstrasi kerana paip pecah oleh kontraktor Chong Babi pun tidak mendatangkan kesan. Nanti buat salah lagi. Begitulah Chong Babi melakukannya sejak 2019. 

 

 


Chong Babi takut ke demo macam ni oleh penduduk? 

 

Lori Hantu DONG FENG - Tiada lesen pemandu, JPJ Pihak berkuasa tak kisah takut Chong Babi

Siapa tak kenal lori-lori Dong Feng yang bermaharajalela laju di Jalan Sipitang -Beaufort. Semua kenderaan berat tu tidak mengikut ciri keselamatan yang ditetapkan kerajaan. Apa Chong Babi kisah. Dia kata dia boleh bayar semua pihak tu.

Jika anda berjalan dari Sipitang- Beaufort setiap minit anda akan melihat lori hantu Chong Babi. 
Jika kemalangan dia akan 'kawtim'. JPJ tak berani saman lori ini.

Atas nama pembangunan rakyat - Lebuh Raya Pan Borneo maka semua jentera Chong Babi tak perlu permit.
Semuanya lori hantu.  wal hal syarikatnya telah dikenakan denda LAD kerana lewat menyiapkan projek. 

 

Terbaru Chong Babi masuk lagi tender 5 pakej Pan Borneo yang baharu dan sekarang sedang melobi Menteri Kerja Raya, Pegawai JKR dan MOF. Dua pakej berjumlah RM1.3 bilion pun gagal nak siapkan lagi nak lobi projek baru. Terdapat desas-desus dia sangat konfiden mendapat projek itu. 

Mohonlah Menteri JKR Pusat dan Menteri JKR Sabah jangan beri dan layan syarikat Chong Babi ni. Syarikat ini menyusahkan rakyat. Jangan ada pemimpin tempatan menyokong syarikat yang dibawa Chong Babi. Dia kenyang sendiri tetapi rakyat derita. Bertegaslah dengan syarikat Chong Babi. Kerajaan nak tunggu masa Lori Hantu Chong Babi mengorbankan rakyat ke baru bertindak?

21 Comments