Mengapa Shafie Apdal belum nafi terima dana rasuah UKSB?
11:06 Jun 23, 2022  |  By SabahKini2
Mengapa Shafie Apdal belum nafi terima dana rasuah UKSB?

Semua telah membuat penafian, terbaru Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menafikan menerima wang UKSB. Mengapa Shafie Apdal masih berdiam diri? Apakah benar Shafie terima wang UKSB?

Semua menteri dan pemimpin politik yang dipetik nama dalam  perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah menafikan dakwaan menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anipah Aman; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, masing-masing telah menafikan menerima wang UKSB.

Menjadi persoalan mengapa bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal belum menafikannya secara rasmi dan enggan mengulas ketika ditanya mengenai perkara itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terima wang UKSB, Shafie Apdal kata ‘tidak mahu komen’ ]

Penafian Hishammuddin semalam sedikit sebanyak tekanan isu dana UKSB begitu sangat dirasai sehingga pemimpin terkait UKSB tiada pilihan melainkan perlu memberikan respon menafikan penglibatan mereka.

Kenyataan saksi kes David Tan Siong Sun bekas Pengurus Pentadbiran UKSB telah menggegarkan negara tentang kredibiliti saksi dan kes memandanglan hanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahaja yang didakwa jika benar pemimpin lain juga menerima dana UKSB.

Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa agensi berkenaan akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang dikatakan menerima wang daripada UKSB seperti disebut saksi perbicaraan kes berkenaan.

Rakyat di negara ini menunggu sampai bila Shafie Apdal berdiam diri membuat penafian memandangkan semua pihak telah berbuat demikian.

Apakah mungkin benar Shafie Apdal mengambil wang rasuah UKSB memandangkan  Shafie ketika menjadi Ketua Menteri Sabah juga banyak membenarkan warga asing atau pekerja China bertugas ke Sabah.

 

Umum mengetahui Ketua Menteri Sabah mempunyai kuasa imigresen di Sabah dan menetapkan kuota pekerja asingnya sendiri di Sabah. Menurut sumber UKSB ada berjumpa Shafie Apdal dan tidak mustahil Shafie telah menerima dana UKSB.

5 Comments