RM15.5 Juta dicuri Peter : Peguam Negara benarkan pendakwaan kes RISDA?
16:02 Feb 20, 2018  |  By SabahKini2
RM15.5 Juta dicuri Peter : Peguam Negara benarkan pendakwaan kes RISDA?

Pada tahun 2015 Michael P.Ubu pula telah memindahkan RM12.9 juta wang RISDA kepada Syarikat ‘Budi’ iaitu syarikat yang dimiliki oleh Datuk Peter Anthony atas nama Staffnya.

PUTRAJAYA: Sumber mengesahkan siasatan kes RISDA berhubung kes pembelian tanah ladang sawit (tanah adat) bernilai RM155.4 juta di Tongod telah selesai dan menunggu kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah.

6 Januari lalu Datuk Peter Anthony ditahan reman 7 hari manakala peguam KDM Michael P Ubu yang masih diburu masih menghilangkan diri dikatakan melarikan diri ke luar negara sejak kes ini disiasat SPRM.

Walaupun terdapat usaha tangan-tangan tertentu mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pejabat Peguam Negara bagi menghalang pendakwaan kes Shafie Apdal, Peter Anthony, adik-adik Shafie Apdal namun ia tidak menghalang kes RISDA ini untuk dipercepatkan pendakwaannya.

“Kes RISDA sangat mudah dan terdapat bukti yang jelas iaitu arahan Menteri KKLW, Ketua Pengarah RISDA meluluskan pembayaran kepada Firma Guaman milik Michael Ubu RM15.5 juta pendahuluan (deposit) ke akaun firma itu dan Michael Ubu kemudiannya memindahkan wang itu kepada beberapa pihak termasuk ke akaun Datuk Peter Anthony”. kata sumber itu.

SPRM dikatakan telah menjejak wang RM15.5 juta yang diterima oleh Firma Guaman Michael Ubu dari RISDA bermula tahun 2014. Wang amanah yang sepatutnya tidak boleh dikeluarkan sehingga urusan selesai akhirnya dikeluarkan selepas mendapat arahan Menteri KKLW dan kelulusan Ketua Pengarah RISDA.

Pada tahun 2015 Michael P.Ubu pula telah memindahkan RM12.9 juta kepada Syarikat ‘Budi’ iaitu syarikat yang dimiliki oleh Datuk Peter Anthony atas nama staff atau orang kepercayaannya dalam syarikat.

Pada tahun yang sama Syarikat ‘Budi’ memindahkan pula wang RM12.9 juta itu kepada 4 pihak iaitu ‘Mr W’, Peter Anthony, ‘Mr X’ dan pembelian kenderaan mewah di ‘Auto Car Dealer’. Baki RM 2.6 juta pula diserahkan kepada peguam Michael P Ubu. Rujuk rajah ‘Money Trail’.

Bagaimanapun selepas urusan pembelian tanah Tongod itu gagal dimeteraikan wang RM 15.5 juta itu sepatutnya dikembalikan kepada RISDA. Namun ia tidak berlaku. Ia telah dicuri dan dibelanjakan oleh Datuk Peter Anthony.

Berhubung kehilangan wang itu Pengerusi RISDA yang baru akhirnya melaporkan kepada pihak polis pada Mac 2016 berhubung pecah amanah oleh firma guaman itu. Perkara ini turut dilaporkan oleh media dan blog-blog tahun lalu.

Kehilangan Peguam Michael Ubu tidak menghalang pendakwaan kes ini dilakukan. Kehilangan Michael Ubu itu sendiri membuktikan Peter Anthony dan Shafie Apdal takut kepada siasatan dan pendedahan sebenar kes. SPRM masih mengesan kedudukan Michael Ubu di luar negara termasuk menggunakan kedutaan Malaysia. Dari sumber yang dipercayai Michael lari ke luar negara kerana diarahkan oleh Peter dan Shafie Apdal bagi mengelakkan disiasat. Bagaimanapun semua dokumen, fail, akaun dan pihak-pihak yang berkaitan telah dipanggil SPRM membantu siasatan. 

Netizen mempersoalkan jika Shafie dan Peter benar tidak bersalah sebaiknya mereka mengarahkan peguam Michael Ubu tampil ke depan membersihkan nama mereka bukan lari.

Shafie Apdal pula selaku Menteri KKLW ketika itu boleh didakwa dibawah Seksyen 23 salah guna kuasa kerana membenarkan sekutunya Peter Anthony untuk mengeluarkan wang pendahuluan RM15.5juta itu dari Firma Guaman Michael Ubu & Co.

11 Comments