[VIDEO] Gaya kepimpinan 'Sempornarian' Shafie kekalkan hadapi PRU15
15:08 Aug 30, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] Gaya kepimpinan 'Sempornarian' Shafie kekalkan hadapi PRU15

Kepimpinan baru Warisan masih mengekal gaya kepimpinan 'Sempornarian' first. Jadi sama ada di bahagian atau pusat 'Sempornarian' lebih utama. Ada adun di pantai timur terpaksa minta bantuan Shafie untuk menang. Line up baru tidak jauh berbeza.

 


Ala-ala 'Sempornarian' arahan pertama selamatkan keluarga dan bangsa sendiri.
Selepas itu kekalkam yang lain



Selepas bergelut perebutan jawatan di Bahagian sehingga penggantungan mesyuarat bahagian politik ala ‘Sempornarian’ akhirnya menyelamatkan Warisan. Beberapa adun dapat diselamatkan daripada dimalukan tewas pemilihan. Seperti dijangka Presiden dan barisan Majlis Tertingginya majoriti masih dikekal sebagaimana arahan Shafie Apdal Presidennya.

Jika melihat cara Shafie memberi arahan dalam satu video yang tular berbahasa Suluk jelas cara politik ‘Sempornarian’ dan ‘Sulukian’ dapat menstabilkan Warisan. Arahkan orang-orangnya menyokong ‘keluarga’ kemudian kekalkan pemimpin sedia ada. Kalau ada pemilihan pun yang jawatan bawah. Semporna 'first' yang lain kemudian.

Kaedah politik Sempornarian bukan baru malah sangat terkenal ketika pemerintahan Warisan 26 bulan. Hanya orang Semporna yang layak jawatan tinggi termasuk semua jawatan kerajaan negeri. Jawatan Pegawai Daerah, ADO juga mesti daripada Semporna. Belum masuk jawatan tertinggi SUT atau Pengarah.  Itulah taktik ‘Sempornarian’ yang menebal dalam Warisan. Namun dalam PRN Sabah 2020 nampak meranapkan Warisan di kawasan kerusi KDM. Warisan masih bertahan di pandai timur Sabah. Tapi sampai bila?

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa? ]

Orang-orang KDM seperti Darell Leiking hanyalah ‘tool’ untuk menunjukkan Warisan terbuka wal hal semua tahu Warisan berjuang demi ‘Sempornarian’ dan ‘Sulukian’. KDM hanya alat penyedap bukan pemain utama. Lantaran itu Warisan ditolak di luar bandar atau pedalaman. 

Beberapa hari lalu Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan barisan kepimpinan parti untuk penggal 2021 hingga 2024 setelah Perhimpunan Agung Tahun Warisan 2021

Prinsipnya mudah jawatan di atas semua menang tanpa bertanding. Barisan kepimpinan itu menyaksikan Mohd Shafie mempertahankan jawatan presiden selepas menang tanpa bertanding dan jawatan timbalan presiden, dan tiga naib presiden juga menang tanpa bertanding.

Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis juga menang tanpa bertanding jawatan Ketua Wirawati, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak Norazlinah Arif yang sebelum ini dilaporkan  tewas di bahagian diselamatkan, menang jawatan Ketua Wanita dan Ketua Bahagian Warisan Kinabatangan, Ismail Ayub menang jawatan Ketua Wira.

20 orang dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) adalah majoriti MT sebelum itu antaranya Ahli Parlimen Kalabakan, Ma'mun Sulaiman; Ahli Parlimen Papar, Ahmad Hassan; Adun Bongawan, Dr Daud Yusof; Adun Banggi, Mohammad Mohamarin; Adun Karamunting, George Hiew Vun Zin; Adun Tanjong, Kapor Ben Chong Chen Bin; Adun Darau, Azhar Matussin; Adun Merotai, Sarifuddin Hata dan Adun Gum-Gum, Arunarnsin Taib.

Jawatan dilantik menyaksikan Datuk Loretto Padua Jr anak ‘Filipina’ kekal sebagai Setiausaha Agung dan Adun Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah kekal Ketua Penerangan. Inlah barisan pemimpin Warisan yang akan menentang GRS dalam PRU15 nanti. Lantaran itu Shafie dan Warisan terdesak bekerjasama dengan PBS untuk meraih sokongan PBS. 


By Awang Batatar

33 Comments