Tiada isu video Rina- Rosyam: Hannah DAP ‘kaki komplen’ 1600 hadir bukti Program Keusahawanan Wanita Bangkit berjaya
01:09 Sep 15, 2022  |  By SabahKini2
Tiada isu video Rina- Rosyam: Hannah DAP ‘kaki komplen’ 1600 hadir bukti Program Keusahawanan Wanita Bangkit berjaya

Apa isu video Rina-Rosyam? Itu hanya Rosyam cabar peserta wanita untuk program motivasi. Bukan kekasaran atau penghinaan. Mengapa Hannah DAP dan PH dengki? Terbukti Program Keusahawanan Wanita Bangkit itu berjaya. 1600 hadir

 

Cara Rosyam Nor pembangkit semangat

Entah apa dalam kepala MP DAP Hannah Yeoh bila menjadikan video promosi Datuk Rosyam Nor dan Rina Harun Program Keusahawanan Wanita [email protected] yang berjaya mendapat sambutan rakyat dijadikan isu besar.

Apa isunya? Kata-kata Datuk Rosyam Nor kasar, kesat sedangkan ia hanya kata - kata motivasi mencabar Wanita di luar sana untuk bangkit dalam perniagaan. Bila ditonton video sampai habis tak Nampak pula Rosyam Nor menghina kerana semua tahu ia dilakukan secara lakonan oleh Pengarah dan pelakon terkenal itu.

Rosyam Nor datang meluangkan masanya untuk memberi motivasi berkongsi pengalaman beliau berniaga sejak dari bawah hinggalah menjadi jutawan. Bukankah itu bagus?

Program tersebut mendapat sambutan luar biasa apabila jumlah kehadiran melebihi jangkaan sehingga 1600 orang peserta.

Tidak timbul pun isu sterotaip mangsa keganasan rumah tangga sedangkan dalam video tersebut Rina Harun juga memberi jawapan maklum balas mempertahankan Wanita.  

Apa yang jelas Hannah Yeoh, DAP, PH dan para netizen penyokong PH mereka hanya menunjukkan kejayaan program itu. Daripada Wanita tidak tahu Program Keusahawanan Wanita [email protected] kini lebih tahu dan mahu terlibat berniaga.

Sebab berjaya maka mereka dengkilah mencari isu yang sangat kecil tidak menjejaskan pun semangat Wanita bangkit. 

Seperti kata Rina Harun seharusnya semua pihak termasuk pemimpin politik melihat isi kandungan penuh program ‘Wanita Bangkit’ dianjurkan kementeriannya.

“Saya kira dalam waktu sekarang kita jangan nak politikkan semua benda.

“Kena lihat isi kandungan program tersebut. Apa penting ramai (wanita) memerlukan pembelaan dan perlu dibantu,” katanya pada sidang media ketika ditemui selepas melawat dan meninjau kesiapsiagaan Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) Sungai Buloh dalam menghadapi Monsun Timur 2022/2023.

 

Penjelasan Rosyam Nor

Rosyam Nor berkata beliau tidak berniat merendahkan martabat wanita, susulan video tular bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun, yang dianggap merendahkan-rendahkan golongan itu.

Katanya, beliau hanya mahu memberikan kesedaran kepada wanita bangkit dan bersemangat memajukan diri masing-masing.

Beliau berkata, kata-katanya semalam, perlu dilihat dari sudut positif.

“Program yang saya jalankan itu memberi semangat dan kesedaran kepada kaum wanita supaya bangkit dalam perniagaan. Jadi, tidak timbul isu saya bercakap kasar atau menjatuhkan kaum wanita,” katanya

Dalam pada itu, Rosyam menjelaskan, ‘belasah’ yang dimaksudkannya adalah ‘mencuci otak’ (brainwash) dan memberi semangat kepada mereka untuk bangkit dalam perniagaan.

“‘Belasah’ itu maksud saya mencuci otak. Program ini adalah untuk memberi semangat supaya kaum wanita bangkit dalam perniagaan.

“Jadi, tak timbul isu saya bercakap besar atau menjatuhkan kaum wanita. Mereka yang menyertai program ini faham apa maksud saya dan tak ada masalah dengan perkataan itu,” katanya.

Katanya, ‘bangun lambat’ juga adalah sekadar kiasan untuk menggesa golongan usahawan wanita merebut peluang.

“Perkataan itu adalah metafora dan saya gunakan kepada golongan usahawan ini, bukan merujuk kepada wanita yang bangun lambat,” katanya.

 

 

 

Comment