Frankie Poon DAP-PH salahkan Shafie gagal Ketua Menteri Sabah kerana pro Dr Mahathir
02:10 Oct 04, 2022  |  By SabahKini2
Frankie Poon DAP-PH salahkan Shafie gagal Ketua Menteri Sabah kerana pro Dr Mahathir

Frankie Phoon DAP berkata mengapa salahkan mereka. Shafie sepatutnya menyalahkan Dr Mahathir kerana gagal mendapatkan kembali hak Sabah. Shafielah ketua menteri yang gagal 22 bulan berkuasa.

Pemimpin PH  saling tuduh menuduh mengatakan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal seorang yang gagal dan tidak melakukan apa-apa mendapatkan kembali hak-hak Sabah ketika menjadi Ketua Menteri Sabah.

PH Sabah berang dengan kenyataan Shafie Apdal pada Satu di Sandakan PH gagal menunaikan janji untuk Sabah ketika Pakatan berada dalam kerajaan

“Saya amat kecewa dengan kenyataan tidak berasas Datuk Seri Shafie Apdal untuk mewajarkan keputusan beliau keluar daripada perkongsian dengan Pakatan dan bergerak secara solo dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon.

Poon menggelar Warisan sebagai “Kuda Trojan” untuk memecahkan undi dalam pilihan raya akan datang bagi tujuan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), Umno dan Gaburangan Rakyat Sabah. Baginya Shafie Apdal sangat terdesak.

“Shafie sepatutnya menyalahkan Dr Mahathir kerana gagal mendapatkan kembali hak Sabah”. Katanya

Benar kenyataan Phoon: Shafie hanya mampu tersenyum

PH melihat Shafie semakin pelik apabila banyak menyalahkan pemimpin PKR Datuk Christina Liew, Phoong Jin Zhe dan Chan Fong Hin dari DAP serta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng kerana isu Sabah tetapi lupa Shafie merupakan ketua menteri yang menganggotai jawatankuasa khas hak Sabah dan Sarawak,” kata mereka

Dengan kenyataan Frankie Poon itu benarlah Shafie dan Kerajaan Warisan gagal sebagai kerajaan 22 bulan sebagaimana dilaporkan Sabahkini2 sebelum ini. Satu persatu kegagalan Sahfie diungkit.

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah ekonomi dan KDNK Sabah menjunam dengan teruk sehingga 0.5% walaupun pandemik Covid-19 belum merebak. Pengangguran teruk malah Daerah miskin di Malaysia seperti Pitas direkodkan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Kerajaan Warisan cipta rekod junamkan ekonomi Sabah terendah di Malaysia 2019 ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Teruknya Warisan! Ekonomi Menjunam, kos hidup tinggi, 1 daripada 2 orang miskin di Pitas

[ARTIKEL BERKAITAN- Cara Shafie 'takut' Dr Mahathir ajak masuk Warisan rugikan Sabah sehingga PH, Warisan tumbang! ]

 

30 Comments