Penjelasan Hutang Luar Negara ini faktanya! Jangan meroyan terhasut pembangkang
19:02 Feb 26, 2018  |  By SabahKini2
Penjelasan Hutang Luar Negara ini faktanya! Jangan meroyan terhasut pembangkang

Ada macai Warisan kata hutang luar Malaysia RM800bilion?betulkah? Apa hujahnya...Bagaimana Hutang Luar zaman Mahathir?

Hutang Kerajaan RM800 Bilion? Bukti pemimpin  dan penyokong PPBM malas membaca, tidak cerdik dan tidak boleh diharap. Baca tulisan ini!!Ada yang keliru antara hutang kerajaan dengan hutang luar negara.

Yang paling menakjubkan seseorang yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun pun boleh terkeliru antara dua hutang tersebut. Sudahlah sendiri keliru, lepas tu mengelirukan orang lain pula.

Tetapi yang menarik perhatian saya adalah apabila beliau dengan penuh yakin mengatakan bahawa mengikut suatu perkiraan oleh Bank Negara Malaysia, kerajaan berhutang sebanyak RM800 Billion.

Mendengar perkataan hutang kerajaan dan angka RM800 billion keluar dari mulut Mahathir, tanpa perlu menyemak data hutang kerajaan saya sudah tahu Mahathir memberi fakta yang salah kepada penyokong-penyokong beliau.

Zaman Tun M berhutang. Zaman tak ada FB. Boleh lihat hutang melebihi 55% dari KDNK



Mereka tak tahu beza antara hutang kerajaan yang sebenarnya berjumlah RM655.74 billion dengan hutang luar yang berjumlah RM848.24 billion atau beliau memang sengaja memilih angka yang lebih besar untuk membangkitkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan.

Besar bezanya antara hutang kerajaan dan hutang luar negara dan untuk kebanyakan orang ramai mungkin mereka tak boleh membezakan antara keduanya tetapi untuk seseorang yang sudah berdekad-dekad menjadi anggota pentadbiran kerajaan, beliau sepatutnya lebih arif dan tahu daripada orang lain.

Secara ringkas hutang kerajaan adalah hutang yang diterbitkan oleh kerajaan dalam bentuk bon dan sukuk untuk membiayai perbelanjaan pembangunan kerajaan setiap tahun.

Hutang luar pula merangkumi hutang kerajaan yang dimiliki oleh pelabur luar Malaysia, hutang swasta kepada bank-bank di luar negara, deposit oleh orang luar negara di dalam Malaysia, nota-nota perdagangan oleh pihak luar dan macam macam lagi.

Jika pelabur dari luar negara melabur di dalam bon kerajaan, ia akan dikira sebagai hutang luar negara, jika ada syarikat-syarikat tempatan yang meminjam daripada bank-bank luar negara, ia akan dikira sebagai hutang luar negara, jika ada orang luar negara yang menyimpan/mendeposit wang di dalam bank-bank tempatan di dalam Malaysia, ia juga akan dikira sebagai sebahagian daripada hutang luar negara.

Nak Hentam Kerajaan Tapi Beza Hutang Kerajaan Dengan Hutang Luar Pun Tak Tahu?

Sebelum 2014, hutang luar negara Malaysia berada dalam lingkungan RM230 billion hingga RM320 billion (2009–2013) tetapi pada 2014, hutang luar negara mencecah RM747.76 billion dan meningkat kepada RM833.81 billion pada tahun 2015.

Ramai yang melatah apabila mendengar berita hutang luar negara meningkat dengan begitu mendadak pada tahun 2014.

Kerana terlalu taksub untuk menghentam Najib dan kerajaan, Tun, Kadir Jasin dan lain-lain menggunakan kenaikan hutang luar negara sebagai modal politik tanpa menerangkan kepada rakyat bagaimana hutang luar negara boleh naik mendadak sebegitu rupa.

Hutang luar negara meningkat daripada RM324.03 billion pada 2013 kepada RM833.81 billion pada 2014 bukan kerana kerajaan menambah hutang sebanyak RM500 billion dalam tempoh setahun.

Angka hutang luar negara itu meningkat sebanyak RM500 billion kerana pada suku pertama 2014, Bank Negara telah mendefinisikan semula hutang luar negara mengikut piawaian yang ditetapkan IMF.

Sebelum pendefinisian semula hutang luar negara, hanya hutang-hutang di dalam matawang asing sahaja yang dikira sebagai hutang luar negara tetapi selepas Bank Negara mendefinisikan semula mengikut syor IMF, hutang di dalam Ringgit Malaysia yang dimiliki pelabur asing juga dikira sebagai hutang luar negara dan termasuklah deposit-deposit oleh orang asing yang menyimpan wang di dalam bank-bank di Malaysia.

Bank Negara di dalam laporan suku tahunan pertama 2014 menerangkan komponen-komponen baru yang dikira di dalam pendefinisian semula hutang luar negara dan juga bagaimana di bawah definisi baru hutang luar negara menjadi RM700.1 billion berbanding RM327.9 billion mengikut definisi yang lama.

Kenaikan lebih dua kali ganda hutang luar negara bukanlah kerana pertambahan hutang dua kali ganda oleh kerajaan atau sektor swasta tetapi adalah kerana pendefinisian semula hutang luar negara mengikut syor IMF.

Daripada RM848.24 billion hutang luar negara, RM443.06 billion adalah hutang-hutang pihak swasta dan selebihnya adalah hutang kerajaan yang dimiliki pelabur luar.

Bukti PPBM Mundur, Lapuk & Tidak Cerdik

Tindakan Mahathir dan pengikut beliau menghentam Najib dengan menyebarkan fakta separuh masak seperti hutang luar negara ini hanyalah semata-mata untuk membangkitkan kemarahan rakyat.

Malang bagi rakyat Malaysia apabila Tun menyebarkan berita dan fakta palsu seperti ini dan lebih malang apabila ramai yang mempercayai beliau.

Raja Alias
25/02/2018

18 Comments