Shafie mengaku Kerajaan Warisan PH gagal, kini perang mulut dengan Christina isu hak Sabah 40% hasil negeri
14:11 Nov 16, 2022  |  By SabahKini2
Shafie mengaku Kerajaan Warisan PH gagal, kini perang mulut dengan Christina isu hak Sabah 40% hasil negeri

Dulu Warisan dan PH saling memuja. Kini Pemimpin DAP, Warisan dan PKR saling tuduh menuduh punca kegagalan tuntutan hak Sabah. Shafie tuduh PH begitulah sebaliknya. Namun dinafi oleh Christina sebagai pembohong. Ini buktikan Warisan dan PH kerajaan gagal

Bekas Pengerusi MPN PKR Sabah, Datuk Christina Liew menafikan dakwaan bekas ketua menteri, Shafie Apdal menghalangnya daripada memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) untuk menuntut hak Sabah bagi 40% hasil negeri.

Liew yang merupakan timbalan Ketua Menteri dalam kerajaan Warisan PH, ketika itu berkata, dakwaan presiden Warisan itu tidak berasas dan hanya “propaganda” untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Pemimpin yang bertanggungjawab tidak patut mereka cerita untuk mengelirukan pengundi. Warisan tidak patut menyalahkan PH atas ketidakmampuannya berjuang mendapatkan hak Sabah,” kata bekas ketua PKR Sabah itu.

Shafie sebelum ini mendakwa PH Sabah tidak menyokong langkah menuntut semula 40% hasil negeri, dan Liew berkata, ia adalah “arahan parti”. Lantaran itu tuntutan itu gagal.

Beliau mendakwa PH Sabah mengikut arahan pemimpin parti mereka, bukannya suara rakyat Sabah, serta samannya terhadap Putrajaya berhubung pembahagian hasil 40% sekadar publisiti.

Pertengkaran mulut Shafie dan Christina juga beberapa pemimpin DAP sebelum ini merupakan bukti pengakuan Kerajaan Warisan PH gagal menunaikan janji kepada rakyat Sabah mengenai MA63 dan tuntutan 40 peratus.

Sebelum ini Frankie Phoon Pengerusi DAP Sabah menuduh Shafie punca kegagalan kerana terlalu pro Dr Mahathir.

Frankie Poon DAP-PH salahkan Shafie gagal Ketua Menteri Sabah kerana pro Dr Mahathir

Kempen PRU14 DAP, PKR dan PH berlumba-lumba berjanji memberi kuasa autonomi kepada Sabah Sarawak bagi menunaikan janji MA63 dan tuntutan 40 peratus.

Kini dalam kempen PRU14 Shafie mengecam DAP, Christina PKR dan UPKO yang kononnya mengikut telunjuk pemimpin pusat PH di Malaya. Warisan dan PH saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

Sedangkan semua tahu PH dan Warisan berkuasa dulu mereka merembat hasil Sabah mengencingkan rakyat Sabah untuk beri autonomi sendiri, hasil 40 peratus yang dikutip ‘Malaya’, royalty minyak 20% hinggalah janji MA63 yang PH capati. Malah pencapaian ekonomi zaman Warisan paling teruk walaupun sebelum pandemik covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN - PH tidak dapat tunai janji beri 40 peratus hasil pendapatan negeri Sabah- Guan Eng

ARTIKEL BERKAITAN - Bila berkuasa ‘kencing’ rakyat, semakan kehakiman MA63 40% hasil Sabah belum selesai tapi semua berlagak hero

ARTIKEL BERKAITAN - Lupa Warisan-PH paling teruk, kini Guan Eng mengencing di Sabah lagi ]

 

 BACA lagi:

[ARTIKEL BERKAITAN- Bila berkuasa ‘kencing’ rakyat, semakan kehakiman MA63 40% hasil Sabah belum selesai tapi semua berlagak hero

[ARTIKEL BERKAITAN- Rafizi seru jangan terpedaya helah 'Malaya' tapi rakyat tidak lupa 'kencing' PH, Warisan di Sabah

 

 

Comment