Bukti Tuan Ibrahim Menteri PAS tandatangan SST Projek Tebatan Banjir!Berapa Mangkubumi bayar rasuah SST RM529.4 juta?
20:12 Dec 12, 2022  |  By SabahKini2
Bukti Tuan Ibrahim Menteri PAS tandatangan SST Projek Tebatan Banjir!Berapa Mangkubumi bayar rasuah SST RM529.4 juta?

Kira-kira RM7b diluluskan secara rundingan terus dan tender selektif! Syarikat monopoli ialah Mangkubumi Sdn Bhd sapu projek tebatan banjir. Tuan Ibrahim nafi tandatangan SST namun terbukti menipu. Berapa agaknya Tuan Ibrahim dan pegawai dapat rasuah?

Nampaknya isu projek rundingan tebatan banjir secara rundingan terus mendapat perhatian Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Pada 6 disember lalu Perdana Menteri memaklumkan membatalkan projek RM7 bilion tebatan banjir yang diluluskan sebelum PRU-15.

Terbaru sekali lagi Anwar mengungkapkan isu ini.

“Saya kuat meneliti fail-fail, sebab itu ada beberapa projek kita minta tangguhkan, teliti semula atau batalkan, bukan makna untuk cerca mana-mana tokoh politik,” katanya ketika berucap dalam Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah.

Perang mulut Rafizi dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) sebelum dan selepas PRU-15 menarik perhatian rakyat mengenai isu itu. Rafizi berkata berlaku rundingan terus dan Tuan Ibrahim Tuan Man menandatangi Surat Setuju Terima (SST) tetapi Tuan Ibrahim menafikannya.

Banyak dokumen didedahkan namun penyokong PAS, PN menganggapnya sebagai fitnah. Isunya sama ada rakyat faham atau tidak saja kandungan dokumen itu. 


Projek Rundingan Terus - Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri PAS

Benarkah wujud Projek Rundingan Terus tanpa tender? Atau perolehan lain seperti Tender Terhad/Selektif?

Ada 5 dokumen/surat yang tular di laman sosial iaitu;

1. SURAT SETUJU TERIMA- Projek Menaiktaraf Kolam Tebatan Banjir Krubong- Durian Tunggal sebagai Kolam Dwi-Fungsi untuk Tebatan Banjir dan Sumber Air Negeri Melaka (Secara Reka Bina) kos RM529,458,714.06 (RM529.4 juta) Rujukan Bil. (54) dlm PPS (S) 7/2021 bertarikh 30/8/22 kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD (MSB) (Tender Terpilih- seperti Rundingan Terus)

2. Surat kelulusan MOF, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor kos RM2 bilion bertarikh 7 Oktober 2022. (Rujukan MOF.BPK (S)600-15/59/206 (4) kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD (MSB)

3. Surat kelulusan MOF, Projek Kolam Takungan Dwi-Fungsi Sungai Rasau untuk Tebatan Banjir dan Sumber Bekalan Air Mentah Secara Rundingan Terus (Kos RM 3.6B) bertarikh 7 Oktober 2022 (Rujukan MOF.BPK (S) 600-15/59/194 (9) kepada Konsortium Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(SPYTL dan MBI Selangor)

4. Surat kelulusan MOF, Projek Naik Taraf loji Sedia Ada dan Kerja Rasionalisasi bagi Kawasan Tadahan Pembetungan Klang Selatan (Reka dan Bina) (Rundingan Terus) kos RM RM285 juta bertarikh 27 Oktober 2022. (Rujukan MOF .BPK (S) 600-15//59/45JLD.2 (3) kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD (MSB).

5. Surat MOF Pelaksanaan Perolehan Kerajaan selaras Peranan dan Fungsi Kerajaan Caretaker. Rujukan MOF.BPK (S) 600-1/1/4 (3) bertarikh 18 Oktober 2022. Arahan MOF ini bagi menghalalkan semua SST atau kontrak (Backdated) selepas pembubaran parlimen pada 10 Oktober 2022.


Benarkah Tuan Ibrahim Menteri PAS tidak pernah menandatangani
dokumen SST sebagaimana penafiannya?

Pertama Had nilai dan kuasa Lembaga Perolehan Kementerian yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bagi tender kerja ialah RM100 juta dan bekalan/perkhidmatan RM50 juta.

Ini bermakna semua keputusan Lembaga Perolehan Kementerian mesti diperakukan oleh Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) tertakluk kepada kelulusan MOF. Di sinilah kuasa Menteri Kewangan atau jika Menteri berkaitan kawtim dengan Menteri Kewangan. Menteri Kewangan juga boleh menukar atau melantik syarikat lain yang bukan dipilih kementerian. 

Kedua penurunan kuasa menandatangani kontrak kementerian tertakluk kepada kelulusan had limit yang diluluskan oleh Menteri sejajar dengan Akta Kontrak 1949. Akta Kontrak adalah kuasa Menteri. 

 


Kontrak  ditandatangani oleh Menteri atau oleh mana-mana pegawai
awam (KSU) yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh Menteri

 

Dokumen Pertama

Dalam beberapa kes penurunan kuasa Akta Kontrak 1949 kuasa Ketua Setiausaha Kementerian biasanya RM100 juta sehingga RM300 juta. Ini bermakna tidak mungkin Menteri tidak menandatangani kontrak jika projek itu melebih had kuasa KSU atau pegawainya. Apatah lagi jika kontrak itu bernilai RM2 bilion. Amat mustahil KSU menandatanganinya. 

Ketiga semua projek Rundingan Terus atau Tender Terhad adalah kuasa Kementerian Kewangan. Menteri, KSU atau Kementerian hanya menyediakan syor atau permohonan tetapi kuasa melulus adalah Menteri Kewangan.

Oleh itu dalam kes Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) terbukti beliau menandatangani Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor syarikat Mangkubumi Sdn Bhd bagi Projek Menaiktaraf Kolam Tebatan Banjir Krubong- Durian Tunggal sebagai Kolam Dwi-Fungsi untuk Tebatan Banjir dan Sumber Air Negeri Melaka (Secara Reka Bina) kos RM529,458,714.06 (RM529.4 juta)

Tarikh SST nampaknya 'backdated' ditulis dengan tangan..

Jika Tuan Ibrahim Tuan Man boleh menandatangani kontrak bernilai RM529.4 juta bermakna ada banyak lagi SST (LOA) yang ditandatangani olehnya sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA). SST dan kontrak penuh boleh dibaca di bawah

Menurut dokumen Pelaksanaan Perolehan Kerajaan selaras Peranan dan Fungsi Kerajaan Caretaker Projek Menaiktaraf Kolam Tebatan Banjir Krubong- Durian Tunggal diatas dilaksana secara tender selektif/terhad.

Ia seperti projek Rundingan Terus kerana biasanya 10 syarikat yang dipanggil dikawal oleh satu syarikat induk yang melobi projek ini iaitu Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd. Lebih mengejutkan kelulusannya di bawah Program Janawibawa kepada syarikat yang memang dah kaya raya.


Bukti SST yang ditandatangani oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

 

Dokumen kedua

Surat kelulusan MOF, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor kos RM2 bilion bertarikh 7 Oktober 2022. (Rujukan MOF.BPK (S)600-15/59/206 (4) kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD.

Biasanya sebelum kelulusan MOF ia adalah atas syor Menteri, Kementerian atau Jabatan bagi projek itu.  Dalam kes ini nampaknya ia bermula daripada surat Pejabat YAB Perdana Menteri bertarikh 16 Ogos 2022 rujukan PPM.RB.600-6/2/9. Salinannya kepada Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB PM. Apakah butiran surat, memo atau minit arahan dari pejabat YAB PM tidak diketahui. Menteri KASA boleh berpakat dengan pejabat PM bagi mengeluarkan surat kepada Menteri Kewangan bagi tujuan kelulusan. Ia perkara biasa bagi mencantikkan prosedur.

Laporan media menyebut Kerajaan memperuntukkan lebih RM5.6 bilion bagi membina kolam takungan dwi-fungsi Sungai Klang-Rasau dan Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 2 (LRAL2F2) yang kononnya dilaksana tahun depan. Ini bermakna kos projek takungan dwi fungsi Sungai Klang-Rasau  ialah RM3.6 bilion. 

Surat kelulusan MOF diluluskan dua hari sebelum kerajaan dibubarkan. Apakah SST dan kontraknya telah ditandatangani oleh Tuan Ibrahim Tuan Man?  Projek ini jelas projek PRU-15. Mungkin Mangkubumi Sdn Bhd ada memberikan sejumlah wang sebelum surat MOF dikeluarkan. SPRM boleh menyiasat jika ada unsur rasuah.

Dokumen ketiga

Bagi Projek Kolam Takungan Dwi-Fungsi Sungai Rasau untuk Tebatan Banjir dan Sumber Bekalan Air Mentah Secara Rundingan Terus (Kos RM 3.6B) bertarikh 7 Oktober 2022

 

Projek ini diberikan kepada kroni lain iaitu Konsortium Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(SPYTL dan MBI Selangor). Sekali lagi YTL namun bagi memudahkan rundingan terus maka perlu JV syarikat berkaitan MBI Selangor. Syarikat taikun jika mahu cepat lulus boleh menggunakan syarikat kerajaan negeri. Namun tidak dapat dipastikan sama ada Kerajaan Selangor, MBI Selangor menghantar surat permohonan atau Menteri KASA mencadangkan syor kepada MOF memberikan projek kepada YTL. Ini terpulang kepada cara syarikat melobi menggunakan pelbagai cara asalkan dapat kelulusan MOF.

Dokumen keempat

Projek Naik Taraf loji Sedia Ada dan Kerja Rasionalisasi bagi Kawasan Tadahan Pembetungan Klang Selatan (Reka dan Bina) (Rundingan Terus) kos RM RM285 juta.


Permohonan surat ini  bermula dari lobi Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd kepada JPP disokong kementerian dan dipanjangkan oleh KSUS PM kepada MOF untuk kelulusan. Surat kelulusan bertarikh 27 Oktober 2022 selepas Parlimen di bubarkan.


Persoalannya Mengapa Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd?

Siapa tidak kenal syarikat Mangkubumi Sdn Bhd milik Tan Sri Ir Zainudin Karjan dan Mohamad Najib Mohamed Daud ini. Pembolot projek Tebatan Banjir, loji dan jalan yang menggunakan pemimpin politik. Tak kira siapa kerajaan pun Mangkubumi tetap hidup sama ada BN, PH dan  PN. Begitu juga di zaman PM Ismail Sabri. Terus gagah.

Dilaporkan Mangkubumi menguasai 12 syarikat yang masuk projek rundingan terus atau tender di Kementerian KASA. Antara yang terkait ialah IDX Multi Resources Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd, Menuju Asas Sdn Bhd dan banyak lagi. Kerjanya sapu projek rundingan terus!

 

 Tan Sri Ir Zainudin Karjan berbaju Burberry

Tan Sri Ir Zainudin Karjan dan Mangkubumi sebelum ini banyak dikaitkan dengan Datuk Seri Azeez Rahim bekas MP Baling. Bagaimanapun Zainudin dan Azeez dilaporkan bergaduh besar susulan Azeez Rahim didakwa 12 pertuduhan kes rasuah  dan pengubahan wang haram berjumlah RM144.6 juta, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur januari 2019. Zainudin Mangkubumi menyelamatkan diri sebagai saksi dan Azeez menjadi mangsa pendakwaan. Saksi pendakwaan kes ini ialah Tan Sri Zainuddin pemilik Mangkubumi Sdn Bhd.

Menurut sumber Mangkubumi selepas itu bertuankan dengan Tan Sri Noh Omar Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor.  Jadi tidak hairanlah jika Mangkubumi tetap mendapat projek Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor melalui sokongan sebagai Pengerusi BN Selangor.Tan Sri Noh dan Tuan Ibrahim mempunyai hubungan baik sebagai rakan kabinet BN-PN ketika itu. Zainudin dikatakan antara ahli perniagaan yang memberikan dana kepada orang politik seperti Tan Sri Noh dan Tuan Ibrahim.

Penyata kewangan dan maklumat syarikat Mangkubumi Sdn Bhd boleh dilihat di bawah;


Dokumen berkaitan Mangkubumi Sdn Bhd

 

Mangkubumi juga dibawa ke mahkamah oleh beberapa Syarikat seperti Genbina Sdn Bhd dan Innotrend Resources Sdn Bhd selepas gagal membayar kerja-kerja Sub Kontraktor kepada syarikat. Ini sekaligus melanggar peraturan yang ditetapkan oleh MOF bahawa syarikat diambi tindakan mahkamah  tidak wajar diberi Surat Setuju Terima (SST).

Tapi Mangkubumi kabel besar maka mereka terlepas, SST (LOA) tetap diberikan kepada Mangkubumi. Maklumat kes mahkamah boleh dilihat di bawah;


Mangkubumi Sdn Bhd vs Genbina Sdn Bhd dan
Innotrend Resources Sdn Bhd

 

Dokumen kelima

Surat MOF Pelaksanaan Perolehan Kerajaan selaras Peranan dan Fungsi Kerajaan Caretaker

Hebatnya kabel Mangkubumi Sdn Bhd. Kerana projek mereka ratusan dan berbilion ringgit maka surat pekeliling pelaksanaan perolehan kerajaan Caretaker dikeluarkan. Makan menjelang pembubaran parlimen dan selepas pembubaran syarikat ini mendapat surat kelulusan MOF.


Surat penuh boleh dibaca di bawah;

 

 

Kantoi Menteri PAS

Oleh itu kantoi Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) apabila menafikan  beliau tidak pernah menandatangani sebarang Surat Setuju Terima (SST) kepada mana-mana syarikat berhubung projek tebatan banjir. Ternyata Tuan Ibrahim berbohong.

"Setakat ini, tidak ada SST yang dikeluarkan kepada mana-mana syarikat. Jadi, tidak timbul soal hendak batal sebab ia tidak lulus dan belum dimulakan lagi, selain saya tidak pernah menandatangani peruntukan RM15 bilion ini.

"Saya juga tidak pasti dari mana datangnya jumlah RM7 bilion yang dibangkitkan ini," katanya.

Tapi dokumen di atas membuktikan Tuan Ibrahim ada menandatangani SST. Tuan Ibrahim juga maklum mengenai perolehan di Kementeriannya

Berapa agaknya  Tuan Ibrahim Tuan Man dapat komisen daripada Mangkubumi Sdn Bhd? SPRM wajar siasat Tuan Ibrahim Tuan Man, syarikat Mangkubumi Sdn Bhd dan surat pegawai PMO yang memanjangkan kepada Menteri Kewangan bagi kelulusan Rundingan Terus dan Tender Selektif.

Biasanya ada surat kelulusan MOF maka Syarikat Mangkubumi dah menghantar wang kepada yang terlibat. Siapa dan berapa juta wang itu elok SPRM siasat. Panggil pegawai terlibat pasti ada jawapannya.

 

 

27 Comments