Gnanaraja penipu direman harta disita Lim Guan Eng berang
04:03 Mar 02, 2018  |  By SabahKini2
Gnanaraja penipu direman harta disita Lim Guan Eng berang

RM3.6 juta akaun dibeku, RM1.3 juta kenderaan dan rumah RM 2.5 juta disita SPRM. Lim Guan Eng bengang dengan Zarul dan Zenith. Apa berlaku?

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku empat akaun berjumlah RM3.6 juta serta menyita beberapa buah kenderaan mewah milik "conman" Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram pemilik Yayasan Usaha Ventures Malaysia (Malaysia Ventures Entrepreneur Foundation).

SPRM mengambil tindakan susulan selepas penahanan ahli perniagaan itu menerima rasuah wang berjumlah RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Selain  membekukan empat akaun bank milik syarikat individu tersebut, SPRM turut menyita empat buah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex yang dianggarkan bernilai kira-kira  RM1.3 juta serta tiga buah televisyen bernilai RM167,900.

Turut disita sebuah rumah bernilai kira-kira RM2.5 juta yang terletak di Petaling Jaya.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan penyitaan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.
 
Penangkapan Dato' Sri Gnanaraja membuktikan Zenith membayar rasuah kepada semua pihak berhubung skandal terowong dasar laut. Turut dipetik ialah Dato' Azeez Rahim namun beliau menafikan menerima wang RM 3juta itu.  
 
Datuk Huan Cheng Guan Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia pelapor kes ini sejak Julai tahun lalu membuktikan dakwaan ada asas dan bukan penganiayaan politik.
 
 
 
Sementara itu Lim Guan Eng mendakwa tidak tahu menahu tentang wang mencecah puluhan juta ringgit yang di bayar supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan berhubung projek terowong dasar laut dan lebuh raya di negeri itu.
 
“Kami terkejut baca tentang RM22 juta dibayar kepada dua orang- RM19 juta kepada seorang ahli perniagaan dan RM3 juta kepada seseorang yang kami kenal tapi bukan kawan kami, Ahli Parlimen Baling Dato' Abdul Azeez Rahim.

“Kami tak tahu tentang ini. Kami meminta Zenith untuk jelaskan. Kami akan tunggu penjelasannya,” katanya merujuk kepada Consortium Zenith Constructions Sdn Bhd 

Tindakan Zarul dan Zenith mengundang kemarahan Lim Guan Eng. Apakah Zarul ada agenda lain mengesahkan rasuah skandal terowong?

Sumber mendedahkan Lim Guan Eng berang dengan dengan tindakan Zarul dan Zenith yang menyaman Gnanaraja sekaligus merumitkan kes ini. Pendedahan surat saman kepada Malaysiakini hanya lebih memburukkan keadaan.

Ketika dihubungi, Pengerusi Zenith Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mengatakan beliau tidak mengetahui tentang penangkapan dan bayaran itu kerana sedang bercuti sabatikal.

Lim yang bercakap pada sidang media di Komtar mempersoalkan sama ada SPRM akan menahan Azeez Rahim.

“Mengapa dia tidak ditahan? Mengapa pilih kasih lagi?” katanya.

Bagaimanapun netizen mempersoalkan sepatutnya yang ditangkap dan dipanggil memberi keterangan ialah Lim Guan Eng. Hanya beliau Ketua Menteri Pulau Pinang yang meluluskan projek ini belum dipanggil.

Sumber memberitahu SPRM sudah mengetahui maklumat pembayaran rasuah ini lebih awal dan menjejak semua wang yang dibayar oleh Zenith termasuk akaun-akaun luar negara. Pengakuan semua kontraktor dan saksi bahawa mereka menerima komisen atau rasuah dari Zenith.

Persoalan yang bermain di minda rakyat apakah kebocoran maklumat penipuan Nganaraja satu strategi memanggil Lim Guan Eng? Mengapa Zarul dan Zenith membocorkan dokumen saman itu? apakah ini satu usaha Zarul dan Zenith berpaling tadah untuk menyelamatkan dirinya mengheret Lim Guan Eng ke SPRM? pasti semua soalan ini akan terjawab selepas ini.

Bukan Azeez Rahim dicari

Sementara itu SPRM mengesahkan sedang memburu seorang lagi yang dikatakan menerima rasuah dari Zenith Consortium namun bukan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim. 

Dato' Sri Azam Aziz Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) berkata SPRM akan melihat hasil siasatan jika wujud keperluan memanggil Ahli Parlimen berkenaan. 

"Kita mesti adil dan mana-mana pihak yang dipanggil menjadi saksi adalah berdasarkan keterangan. Kita tidak boleh memanggil orang (memberi keterangan) tanpa maklumat".

“Kita dah tahan seorang yang semua orang sudah tahu, dan kita sedang mengesan seorang lagi lelaki yang terlibat dalam menerima rasuah,” katanya di Putrajaya

Sementara itu, Azeez  akan membuat satu laporan polis hari ini di IPK Selangor, Shah Alam yang memetik nama beliau menerima RM 3juta dari Zenith. Kemudian beliau akan membuat satu sidang media selepas laporan tersebut.

Comment