(VIDEO) Gabungan Sabah palu semboyan PRU14 amaran buat Warisan
05:03 Mar 05, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Gabungan Sabah palu semboyan PRU14 amaran buat Warisan

Disebalik kecaman dan tuduhan Parti Warisan serta Parti Cinta Sabah (PCS) dalam Pakatan Harapan Sabah kepada Gabungan Sabah sebagai mesra BN mereka mengorak langkah menunjukkan kekuatan sebagai Parti Lokal dengan melancar Manifesto sendiri

 

KOTA KINABALU: Gabungan Sabah melancarkan manifesto Pilihanraya Umum ke 14 di sini pada Ahad membayangkan komitmennya untuk menegakkan prinsip-prinsip penyertaan Sabah dalam pembentukan Malaysia.

Tidak seperti slogan ‘Sabah Ubah’ jelmaan Parti Warisan pimpinan Shafie Apdal yang bernaung di bawah Tun Dr Mahathir Pengerusi Pakatan Harapan, konvensyen Gabungan Sabah memberi mesej jelas kehadiran lebih 4000 orang ahlinya bahawa mereka tidak boleh dipandang rendah.

Gendang perang sudah dipalu Gabungan Sabah sedang menunjukkan kekuatan mereka terhadap Parti Warisan bahawa pakatan pembangkang di Sabah akan berpecah kepada beberapa penjuru.

Dengan manifesto Perjanjian Malaysia 1963, Laporan IGC, 20 perkara, satu Persekutuan dengan dua sistem, reformasi tanah dan hak adat dan bumiputera (NCR), reformasi sosial, mengembalikan Labuan kepada Sabah dan penyelesaian tuntutan Filipina kepada Sabah pastinya memberi tekanan Manifesto Pakatan Harapan Sabah yang lebih terikut-ikut dengan harapan di Semenanjung.

Pemimpin Warisan yang gemar bermain isu kaum seperti Warisan untuk Suluk, menghina keturunan kaum pemimpin dengan kata-kata kesat, menghina ibu orang-orang politik malah seperti Peter Anthony Naib Presiden Warisan yang merendahkan kaum bangsanya sendiri Kadazan Dusun Murut sebagai kaum kedua ditemui pasti mengundang rasa tidak senang rakyat Sabah.

Manifesto dilancarkan Pengerusi Gabungan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor. Gabungan terdiri daripada Parti Solidariti Tanah Airku (Sabah Star) yang diketuai Datuk Jeffrey Kitingan, Parti Progresif Sabah (SAPP) yang diketuai Datuk Seri Yong Teck Lee, Harapan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Lajim Ukin dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) yang diketuai Datuk Arshad Abdul Mualap.

 

Sebelum ini Pengerusi Gabungan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor menyelar sikap Dato' Seri Shafie Apdal yang sombong mahu bergerak sendiri. Katanya mereka lebih teruji menjadi pembangkang berbanding Shafie Apdal.

“Kami dalam Gabungan Sabah lebih lama dalam politik pembangkang berbanding Shafie.

“Dia tidak patut bercakap tentang tidak mempercayai pimpinan Gabungan Sabah kerana kami sudah teruji dan berjaya mengharungi dugaan dan kesusahan dalam perjuangan untuk Sabah,” katanya dalam kenyataan.

“Sebaliknya, Shafie menikmati kemudahan kuasa semasa dalam kerajaan, sehinggalah dia dipecat sebagai menteri kerana menyertai kem Umno yang salah.

“Shafie dan pasukannya baru sekarang cuba belajar berjalan, dari segi politik pembangkang.”

 “Secara terbuka dan berterus-terang, Gabungan Sabah menghulurkan tangan persahabatan kepada Warisan. Tetapi nampaknya Warisan ada agenda tersendiri,” kata Mohd Noor.

Shafie berkata tidak akan menyertai Pakatan Harapan dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir malah menafikan Warisan adalah agen Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagaimana pengakuan Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin sendiri.

Mereka menampilkan diri mereka sebagai parti lokal namun dalam masa sama berkata bersedia bekerjasama dengan Tun dr Mahathir, PKR dan Parti Cinta Sabah untuk menewaskan BN. Malah Shafie turut meminta rakyat Sabah memaafkan Tun Mahathir atas projek IC selama menjadi Perdana Menteri 22 tahun.

 

23 Comments