kapal Jho Low bukan milik 1MDB dan kerajaan mengapa perlu sibuk?
00:03 Mar 06, 2018  |  By SabahKini2
kapal Jho Low bukan milik 1MDB dan kerajaan mengapa perlu sibuk?

Selepas bayar kepada Aabar fake, 1MDB tidak lagi bertanggungjawab ke atas apa yang dibeli oleh duit itu ataupun siapa yang Aabar fake bayar.


Wang dibayar oleh 1MDB kepada aabar fake (tipu) kerana perjanjian 1MDB dengan IPIC.

Pengerusi dan pengarah Aabar tulen yang arahkan bayar kepada Aabar fake di mana kedua-dua pengarah Aabar fake juga merupakan Pengerusi dan pengarah Aabar tulen. Wang ini lalu didakwa telah disalurkan kepada Jho Low untuk beli kapal.

Selepas bayar kepada Aabar fake, 1MDB tidak lagi bertanggungjawab ke atas apa yang dibeli oleh duit itu ataupun siapa yang Aabar fake bayar.

1MDB hanya mementingkan bahawa IPIC dan Aabar tulen akan bayar balik duit itu selepas tempoh guarantee bon-bon itu tamat kerana wang ini dibayar sebagai security deposit kepada IPIC.

Oleh itu, tuntutan 1MDB ialah wang yang diberi kepada IPIC - bukan apa yang IPIC beli dengan duit ini.

Soalan.... kalau kamu letak duit dalam ASB dan ASB pakai duit kamu beli tanah, adakah kamu tuntut PNB bayar balik caruman kamu secara tunai ataupun kamu tuntut tanah yang dibeli PNB?

Macai bunga dan pembangkang tak faham konsep ini ke? 1MDB tak bayar Jho Low. 1MDB tak kisah Jho Low beli apa.

Yang 1MDB kisah ialah siapa yang 1MDB bayar kepada - iaitu IPIC/Aabar. Oleh itu, 1MDB tuntut dari IPIC/Aabar bukan dari Jho Low ataupun apa yang dibeli oleh dia.

Itu sebab 1MDB dengan IPIC/Aabar ada "good-faith negotiation" dan settlement. Mengapa bayar Aabar fake?

Kalau pengerusi Aabar yang juga merupakan pengarah pengurus (MD) IPIC kata bayar ke akaun ini,

Kalau pengarah pengurus (MD) Aabar kata bayar ke akaun ini, lagipun shareholder tunggal Aabar fake itu juga diletak nama Aabar tulen..

1MDB patut tak percaya ke selepas semua pengesahan ada?

by- Lim Sian See

58 Comments