Sebagaimana Sarawak Hak Teroka Minyak dan Gas juga diberi kepada Sabah
15:03 Mar 07, 2018  |  By SabahKini2
Sebagaimana Sarawak Hak Teroka Minyak dan Gas juga diberi kepada Sabah

Apa saja hak-hak Sarawak dalam MA63 juga akan diperolehi Sabah (begitlulah sebaliknya) sejajar dengan apa yang diputuskan oleh YAB PM dan hasil Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Devolution of Authority kepada Sabah dan Sarawak

Sarawak akhirnya berjaya menuruti jejak langkah negeri Sabah dalam mendapatkan hak mengeksploitasi hasil minyak dan gas negeri itu sendiri sepenuhnya, seperti yang telah berjaya dimiliki oleh Sabah sejak 4 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, Sarawak membuat pengumuman terlebih dahulu. Sabah dijangka akan membuat pengumuman yang sama pada satu masa akan ditentukan kemudian.

Kini dengan rasminya Sarawak menjadi negeri kedua di Malaysia yang memiliki syarikat carigalinya sendiri yang akan terlibat dengan aktif dalam industri Carigali dan Pengeluaran Minyak di rantau ini, berikutan penubuhan syarikat milik penuh kerajaan negeri itu yang dinamakan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), yang dilancarkan pada Selasa, 6 Mac.



Pada tahun 2014 yang lalu, kerajaan negeri Sabah juga melalui proses yang lebih kurang sama ketika berjaya menubuhkan Sabah International Petroleum Sdn Bhd (SIP), yang sekaligus menjadikannya negeri pertama di Malaysia yang memiliki syarikat carigalinya sendiri. Kerajaan Negeri Sabah di bawah YAB Tan Sri Musa Hj Aman adalah negeri pertama yang telah berjaya mencipta peluang kepada syarikat Sabah untuk menjadi pemain utama dalam industri huluan petroleum di Malaysia.

Sabah International Petroleum Sdn Bhd (SIP) yang sebelum ini juga dikenali sebagai M3NERGY Sdn Bhd ialah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Sabah yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti Carigali dan Pengeluaran Minyak (E&P). Kini SIP telah mempunyai pegangan ekuiti dalam beberapa Kontrak Perkongsian Pengeluaran / 'Production Sharing Contract' (PSC), bagi blok-blok Telaga Minyak di Malaysia! Sebagai contoh Blok Daratan (onshore) yang melibatkan SIP adalah seperti Blok SB331 dan juga Blok SB332. Manakala bagi yang di laut pula (offshore), SIP terlibat dalam PSC bagi telaga-telaga minyak di Blok Ujung Kulon, perairan Jawa Barat dan banyak lagi.



Sekitar awal tahun 2016, dua tahun yang lalu, SIP telah mampu memiliki aset-aset utama yang cukup produktif seperti FPSO 'Ratu Nusantara'. 'Floating Production Storage Offloading' (FPSO) adalah sebuah pelantar produksi minyak mentah petroleum yang boleh bergerak atau berpindah dari satu telaga minyak di sesuatu lokasi tertentu di laut, ke telaga-telaga minyak di lokasi-lokasi yang lain.



Kini, SIP telah menjadi antara 'pemain utama' dalam industri Petroleum di rantau ini, bersaing bersama nama-nama besar seperti Shell, Exxon, SapuraKencana, Petronas Carigali, dan lain-lain.

Sementara itu PETROS yang baru dilancarkan dijangka akan turut menyusul dan bersaing dengan syarikat-syarikat tersebut tidak berapa lama lagi. Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, penubuhan syarikat itu adalah kejayaan terbesar negeri ini dalam proses menuntut kembali hak dan keistimewaannya menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang sekian lamanya terhakis tanpa sengaja.

Selain itu, katanya, ia turut memperlihatkan hubungan utuh antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak melalui proses perundingan dijalankan selama ini, terutama yang membabitkan penurunan kuasa pentadbiran yang berkaitan.

Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Devolution of Authority kepada Sabah dan Sarawak 

Apa saja hak-hak Sarawak dalam MA63 juga akan diperolehi Sabah (begitlulah sebaliknya) sejajar dengan  apa yang diputuskan oleh YAB PM dan hasil Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Devolution of Authority kepada Sabah dan Sarawak


Umum mengetahui bahawa untuk tujuan penurunan kuasa pentadbiran serta semakan semula hak-hak negeri Sabah dan Sarawak menurut MA63 ini, Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu di bawah seliaan kabinet, yang dipengerusikan bersama oleh Dato' Sri Anifah Hj Aman dari Sabah, dan juga Datuk Hjh Nancy Shukri dari Sarawak.

"Penubuhan PETROS sememangnya signifikan dalam usaha kita mempelopori usaha ini (mengembalikan hak dan keistimewaan negeri), termasuk proses penurunan kuasa yang dilaksanakan.

Abang Johari juga yakin penubuhan PETROS mampu membuka lembaran baharu dalam penerokaan industri minyak dan gas di Sarawak, sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi dan pembangunan negeri.

Beliau juga dilaporkan sebagai berkata, Penubuhan PETROS berupaya memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai pemain utama industri minyak dan gas negara. Malah, PETROS turut menjalinkan kerjasama strategik dengan PETRONAS untuk terus meletakkan industri petroleum negeri terus berada pada landasan kukuh, selain kekal sebagai penyumbang ekonomi Sarawak, sambungnya lagi.


"Kepada Datuk Seri (Mohd) Najib (Tun Hj Abdul Razak), terima kasih kerana sentiasa memberikan perhatian dan keutamaan terhadap setiap keperluan negeri ini dan 'Anak Sarawak', termasuk kesungguhan beliau merintis usaha memberikan kembali segala kuasa yang terhakis secara tidak sengaja sebelum ini," kata Ketua Menteri itu lagi.

2 Comments