Gempa bumi malam jumaat gegarkan Ranau sekali lagi
22:03 Mar 08, 2018  |  By SabahKini2
Gempa bumi malam jumaat gegarkan Ranau sekali lagi

Kita merekodkan gempa bumi bermagnitud 5.2 sebentar tadi di kawasan Ranau Sabah.

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi bermagnitud 5.2 direkodkan berlaku di kedalaman 5 Kilometer (km) di daerah Ranau sebentar tadi.
 

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Azemi Daud berkata, gempa bumi itu berlaku pada jam 9.06 malam.
"Kita merekodkan gempa bumi bermagnitud 5.2 sebentar tadi di kawasan Ranau Sabah. Bagaimanapun tiada ancaman tsunami direkodkan setakat ini," katanya.
 
Pakar Geologi UMS Prof Dr Felix Tongkul juga mengesahkan gempa bumi sebagai gegaran baru bukan susulan selepas gempa bumi pada Jun 2015
 


Terdahulu dalam insiden itu, beberapa daerah termasuk Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran dan Papar turut terasa gegaran berkenaan di antara lima hingga tujuh saat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini, namun pemantauan rapat giat dijalankan.
 
 
Antara video yang dirakamkan di Ranau
1 Comment