Geran Tanah:Tak malukah Wira Warisan nak ambil kredit atas Dasar yang lama Musa laksanakan?
01:03 Mar 09, 2018  |  By SabahKini2
Geran Tanah:Tak malukah Wira Warisan nak ambil kredit atas Dasar yang lama Musa laksanakan?

Parti Warisan ambil alih pada 13 Oktober 2016 lalu. Pemberian Geran NT dan Komunal pula sejak 2011-2017(tempoh 6 Tahun). Hasil tekanan Warisan? tak malukah?

Saya pinjam judul yang digunakan oleh Ketua Wira Warisan dalam posting beliau mengulas ucapan YAB Ketua Menteri Sabah di Pekan Kiulu pada Selasa lalu.

Membalas kenyataan tersebut, saya petik 2 (dua) dakwaan yang dibangkitkan oleh beliau seperti berikut:

1. Kerajaan negeri pimpinan YAB Ketua Menteri menyedari dasar yang dibuat selama ini tidak membantu rakyat. Lalu hasil tekanan daripada kebangkitan rakyat Sabah melalui parti Warisan, terpaksa tunduk dan akur dan mengubah dasar daripada Geran Komunal kepada pemberian Geran NT kepada rakyat.

2. WHY ONLY NOW? BECAUSE ELECTION IS COMING?
...

JAWAPAN 1

Parti Warisan mendapat kelulusan ROS mengambil alih Parti Pembangunan Warisan Sabah(PPWS) pada 13 Oktober 2016 lalu. Ketika ini parti tersebut baru melepasi usia 1 tahun 4 bulan. Bagaimana pula parti baru seusia begini mendesak kerajaan agar mengubah dasar yang telah dilaksanakan lama sebelum parti ini wujud?

Ketika mengunjungi mini pameran Jabatan Tanah dan Ukur(JTU) di luar dewan Pekan Kiulu sewaktu majlis penyerahan geran tanah oleh YAB Ketua Menteri dilakukan, saya meneliti beberapa maklumat yang dipamerkan. Sejak 2011-2017(tempoh 6 Tahun), kerajaan negeri telah menganugerahkan 89,294.58 ekar iaitu merangkumi 21,408 lot atau geran NT yang melibatkan 21,408 bilangan ketua rumah di 15 daerah seluruh negeri Sabah. Manakala geran komunal pula telah dianugerahkan kepada 10,636 peserta/beneficiaries dengan keluasan 122,048.03 melalui 73 geran di 12 buah daerah di seluruh negeri Sabah.



Ini bererti, dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini, program penganugerahan geran jenis NT dan geran komunal telah lama dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Dasar ini telah wujud sejak sebelum kelahiran parti warisan lagi. Bagaimana pula ketua wira mendakwa dasar ini telah berubah atas desakan parti Warisan?

JAWAPAN 2

Proses penganugerahan geran perlu menjalani beberapa peringkat administrasi yang perlu dipatuhi iaitu permohonan, penyukatan dan pengeluaran geran. Pengeluaran geran terlewat kerana kekangan kelewatan proses penyukatan.

JTU telah melaksanakan Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah(PANTAS) bagi memproses permohonan-permohonan tanah oleh rakyat negeri Sabah bagi kategori Native Customary Rights(NCR) dan geran komunal.

Sejak Jun 2015 hingga Januari 2017, JTU telah menubuhkan 29 pasukan dan telah meninjau 2,141 bidang tanah yang telah dipohon. Pada tahun ini saja, PANTAS telah menerima peruntukan dari kerajaan persekutuan sebanyak RM20juta di bawah Program Khas Anak Negeri(PKAN) bagi mempercepatkan proses kelulusan permohonan rakyat(peruntukan yang sama juga diperolehi pada tahun-tahun sebelum ini). Terima kasih Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri yang kita sayangi kerana memasukkan perkara ini dalam belanjawan negara.

Dengan peruntukan yang telah diberikan itu maka PANTAS semakin pantas melaksanakan proses pengukuran sekaligus mempercepatkan pengeluaran geran yang telah dipohon sekian lama oleh rakyat. Selepas Kiulu, akan banyak lagi geran NT akan diserahkan kepda pemohon di beberapa daerah negeri sabah.

KESIMPULAN

Untuk makluman sahabat saya ketua wira Warisan Mohd Azis Bin Hj Jamman, penganugerahan GERAN KOMUNAL tidak dihentikan dan digantikan dengan GERAN NT kerana desakan Warisan. YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan kerajaan negeri pimpinannya akan terus membela rakyat yang memerlukan dengan menganugerahkan lebih banyak geran komunal dan NT di masa akan datang.

Semoga penganugerahan geran-geran tersebut akan bertambah makmur dan terbela nasib keluarga si penerima. inilah janji dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional. Kata mesti dikota. Berbeza dengan pemimpin pembangkang, berjanji kosong bercakap bohong!

 

 

1 Comment