Sanusi Junid Mati
15:03 Mar 09, 2018  |  By SabahKini2
Sanusi Junid Mati

Punca kematian tidak dinyatakan. Kemungkinan besar terkejut dengan manifesto Harapan Palsu semalam.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah ketujuh, Tan Sri Sanusi Junid mati di kediamannya, Subuh tadi. Perkara itu disahkan anaknya, Akramsyah Sanusi ketika dihubungi.

Sementara itu, perkara berkenaan turut disahkan oleh bekas setiausaha akhbarnya Aziman Hasan yang memaklumkan Sanusi, 75, mati sebelum Subuh.

Sanusi sempat hadir pelancaran Manifesto Pakatan Harapan yang dibentang Tun Dr Mahathir malam tadi. Punca Sanusi meninggal dunia tidak dinyatakan namun ada kaitan kerana penat dan letih. Kemungkinan besar terkejut dengan manifesto Harapan Palsu semalam. Sanusi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999. Idea gilanya paling diingati ialah tanam padi atas bumbung.

1 Comment