(VIDEO) Saya Percaya Najib Tunai Janji- Anifah Aman
08:03 Mar 11, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Saya Percaya Najib Tunai Janji- Anifah Aman

Menurut Anifah, rakyat Sabah bakal menerima 'khabar gembira' daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat khususnya berhubung tuntutan hak dalam MA63. .

 

Apa yang Sarawak dapat Sabah juga dapat tapi Sabah dapat 40 peratus hasil pendapatan

MENTERI Luar Negeri Anifah Aman menegaskan kesungguhan Perdana Menteri menunaikan janjinya juntuk mengembalikan hak keistimewaan Sabah.

Anifah berkata beliau mahu melihat hak keistimewaan Sabah dikembalikan seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ia antara sebab mengapa beliau melancarkan inisiatif yang dinamakan MySabah dan memulakan perbincangan mengenai MA63 bersama pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.

Sabah berhak mendapat 40 peratus daripada hasil negeri ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Negeri di Bawah Bayu itu juga berhak menuntut segala hak seperti mana yang dilakukan Sarawak hingga berjaya mengendali hasil minyak dan gas sendiri menerusi Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

 



Malah, menurut Anifah, rakyat Sabah bakal menerima 'khabar gembira' daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat khususnya berhubung tuntutan hak dalam MA63.

Kata beliau, pendekatan seperti konsultasi dialong perbincangan secara baik telah dilakukan pihaknya dan ia sedang berjalan lancar setakat ini. "Apa yang Sarawak dapat kita akan dapat. (Perlu diingat) Sarawak tidak dapat 40 peratus hasil pendapatan yang diambil dari negeri ini. Itu (40 peratus) yang mereka tiada.

"Bagaimanapun kita mempunyai cara berbeza... cara konsultasi dialog berbincang secara baik dan kita tidak mahu apa orang kata konfrontasi jadi banyak perbincangan yang sudah kita lakukan dan kita tidak mewar-warkan di luar. Alhamdulilah perbincangan berjalan dengan baik dan saya percaya tidak lama lagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan mengumumkan sesuatu (kepada rakyat Sabah)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kejayaan Sarawak yang diberikan hak dalam industri minyak dan gas seperti diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg dalam satu majlis di Kuching, pada Selasa lalu.

Ketegasan Anifah dapat dilihat apabila beliau berkata tidak akan menerima sebarang jawatan menteri serta bersedia berundur daripada UMNO sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib gagal menunaikan hak-hak rakyat negeri ini dalam MA63 seperti yang dijanjikan.

Namun, beliau percaya dan yakin, Najib akan mengotakan janji itu seperti yang sering dibangkitkan dalam siri jelajah di Sabah.

"Oleh kerana ini adalah janji Perdana Menteri, saya katakan saya yakin kepada Allah S.W.T, saya percaya kepada beliau, jadi mereka (pembangkang) mengatakan kalau Najib tidak tunaikan janji apa yang hendak saya buat, saya kata saya tidak mahu tunggu pun sehari dalam UMNO," katanya.

Ini adalah jawapan saya kepada segelintir pemimpin khususnya parti pembangkang yang sering mempertikai janji dibuat Datuk Seri Najib sedangkan semua maklum beliau adalah individu yang menepati janji”. tegas Anifah

Sebelum ini Perdana Menteri telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal Penurunan Kuasa (Devolution of Power Committee) yang terletak di bawah Kabinet Persekutuan. Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama-sama oleh dua orang menteri kanan persekutuan iaitu Menteri Luar, Dato' Sri Anifah Hj Aman (dari Sabah) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (dari Sarawak).

Pada 9 Februari lepas Mesyuarat hak negeri Sabah dan Peguam Negara Mohd Apandi Ali mengadakan pertemuan dan perbincangan berhubung pengembalian hak Sabah.

Apandi mendedahkan bahawa Sabah mempunyai hak dalam Artikel 112D, yang menyatakan negeri itu mempunyai hak untuk menuntut 40% daripada keuntungan pendapatan bersih yang dikutip Kerajaan Persekutuaan untuk setiap lima tahun.

Mengenai isu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai gerakan pembangkang dan Pengerusi Pakatan Harapan menyentuh mengenai MA63 dalam pelancaran Manifesto Pakatan Harapan baru-baru ini, Anifah berpendapat ia lebih kepada retorik politik sahaja berbanding usaha yang dijalankan oleh Mahathir bersama beberapa lagi menteri di Sabah sejak tahun 2015.

Tinjuan Sabahkini2 melihat media tempatan Sabah menggunakan tajuk “Saya keluar UMNO jika tidak tunai hak MA63” manakala portal TheMalaysiaInsight menggunakan tajuk “Saya berundur jika PM gagal kembalikan hak Sabah, kata Anifah Aman”. 

 

Walau apapunpun berita disampaikan, Dato’ Sri Anifah Aman Menteri Luar itu jelas mencerminkan ketegasan Menteri itu menjalankan tugasnya. Tidak seperti Presiden Warisan yang keluar parti selepas digugurkan jawatan Menteri Persekutuan kerana tidak mendapat apa yang dia inginkan.

Netizen dalam media sosial turut mempertikaikan Manifesto PH yang dikatakan sebagai #HarapanPalsu. Benarkah Dr Mahathir akan memulangkan status Sabah dan Sarawak dengan apa yang beliau lakukan sebagai Perdana Menteri sejak 22 tahun lalu.

Masih lekat diingatan rakyat Sabah apabila pada tahun 1983 Dr. Mahathir membatalkan perundangan tentang hak eksklusif rakyat Sabah dalam pembekalan elektrik dan industri gas apabila diberikan kepada Persekutuan walaupun jelas terkandung di dalam MA63.

Selain itu, pada tahun 1996 kuasa Imigresen yang ada pada kerajaan negeri cuba dihapuskan dengan alasan memberi keadilan kepada semua negeri tetapi berjaya dikekang selepas pemimpin-pemimpin negeri membantah keras langkah berkenaan.

 

4 Comments