(VIDEO) Mahathir musnahkan DAP
16:03 Mar 11, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Mahathir musnahkan DAP

Sekarang, Lim menerima kapitalisme dan kronisme Mahathir dan ia adalah hari yang menyedihkan bagi kita semua. Lelaki yang pernah meratap mengatakan beliau dipukul dan dipenjarakan semasa Operasi Lalang menerima lelaki yang dikatakannya dapat menyelamatkan

 

DENGAR UCAPAN MAHATHIR DULU KATA LIM KIT SIANG DAP KALAU BERKUASA. KINI MAHATHIR PULA TERPAKSA BEKERJASAMA DENGAN DAP

by: Tan Sia Chin

Saya merupakan ahli setia DAP dan percaya dalam perjuangan mereka sejak zaman belia saya. Semasa saya belajar di Universiti Malaya, gerakan pelajar kami semasa zaman reformasi adalah mengenai menghapuskan rasuah dan nepotisme olah Mahathir Mohamad.

Saya mengikuti ceramah dengan begitu bersemangat semasa hari hujan untuk mendengar Anwar Ibrahim bersuara menentang kerajaan ketika itu yang diketuai oleh Mahathir dan kroninya. Kisah tentang bagaimana beliau memperkayakan anaknya dan Daim masih segar dalam fikiran saya.

Di atas pentas dengan Anwar adalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang menceritakan kisah kekejaman ISA dan masa semasa mereka dipenjara semasa Operasi Lalang. Mendengar kisah ini membuatkan saya menangis dan tertanya-tanya apakah jenis penindasan yang negara kita lalui di bawah pemerintahan Mahathir.

19 tahun kemudian, hati saya berdarah melihat situasi hari ini. Musuh-musuh bersatu di bawah bumbung yang sama menggesa perubahan untuk negara. Ia adalah satu usaha yang terpuji dan saya merasakan ini adalah cara yang betul. Bersatu untuk tujuan yang sama.

Tetapi apabila peristiwa demi peristiwa diteliti, saya hilang harapan. Perkara terakhir yang menyebabkan saya putus asa adalah ketika parti terkini Mahathir menggesa meminta derma untuk membiayai partinya dalam pilihan raya.

Dalam fikiran saya, saya tertanya apa yang berlaku pada berbilion Ringgit yang ‘diperoleh’ anaknya. Mengapa mereka tidak menderma wang mereka untuk menyumbang kepada dana itu? Lagipun semua wang itu adalah ‘kontrak’ dari kerajaan ketika Mahathir berkuasa.

Saya pernah diberitahu dalam begitu banyak ceramah oleh tokoh pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tok Guru Nik Aziz bahawa Mahathir menggelapkan wang kerajaan dan memperkayakan anak-anaknya dan kroninya. Kenapa sekarang mereka tidak dapat membantu perjuangan pembangkang?

Saya yakin dengan wang anak-anaknya, dana perang akan menjadi banyak untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Tetapi mereka masih meminta dari rakyat. Saya susah untuk memahami mengapa?

Adakah ia untuk populisme atau benar-benar untuk membanyakkan dana? Hanya Mahathir yang tahu. Tetapi apabila Mahathir dan orang-orangnya membuat panggilan derma untuk partinya, saya tidak dapat lari daripada teringat apa yang berlaku semasa ceramah yang saya hadiri lewat 90-an dahulu. Kotak derma telah diedarkan dengan begitu banyak sekali untuk menyokong perjuangan Reformasi pada masa itu.

Tetapi sekarang saya tertanya-tanya apa gunanya meminta derma untuk Pribumi apabila orang di belakangnya kaya. Saya hanya boleh menyimpulkan bahawa menyelamatkan Malaysia adalah mengenai menyelamatkan Mahathir dan anak-anaknya dan memastikan mereka kembali memegang kedudukan penting dalam kerajaan untuk mendapatkan lebih banyak projek yang diterjemahkan ke dalam lebih banyak wang dan saya tidak dapat lari dari membayangkan bahawa kedua-dua bapa dan anak Lim, apakah mereka benar-benar menyelamatkan Malaysia atau menyelamatkan diri mereka sendiri seperti yang dilakukan Mahathir.

Sejak skandal terowong dasar laut diperkatakan dan jumlah wang yang besar yang dikatakan untuk 'kawtim', hati saya sedih bahawa DAP telah terpesong dari perjuangan asalnya. DAP yang pernah saya tahu kini menjadi kumpulan kapitalis. Kini semuanya tentang wang dan itulah sebabnya kuasa sangat penting.

Sekarang, Lim menerima kapitalisme dan kronisme Mahathir dan ia adalah hari yang menyedihkan bagi kita semua. Lelaki yang pernah meratap mengatakan beliau dipukul dan dipenjarakan semasa Operasi Lalang menerima lelaki yang dikatakannya dapat menyelamatkan Malaysia.

Tidak hairanlah penyokong seperti kita dan pemuda menggesa 'undi rosak'. Kini saya meratapi masa depan negara ini sekiranya ia jatuh ke tangan mereka yang gila kuasadan gila wang ini.

Reformasi kini sudah mati. Tiada lagi semangat ini dalam DAP. Laungan perang rakyat Malaysia sudah mati dan yang tinggal kini hanyalah kuasa dan wang.

Comment