Kerajaan Sabah Terus Bantu RELA Warisan Mampu Tengok Sahaja
17:03 Mar 11, 2018  |  By SabahKini2
Kerajaan Sabah Terus Bantu RELA  Warisan Mampu Tengok Sahaja

Musa berkata kenaikan elaun RELA seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sambutan Ulang Tahun Ke-46 RELA peringkat kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang , Selangor hari ini membuktikan kerajaan sentiasa pri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan negeri akan terus membantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) agar pasukan itu dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan berkesan.

Beliau berkata kerajaan negeri amat menghargai sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh RELA kepada rakyat dan negeri ini.

"Baru-baru ini kerajaan negeri telah memperuntukkan RM6 juta untuk pembelian pakaian seragam dan keperluan lain kepada RELA Sabah, selain tanah seluas 20 hektar di Sandakan untuk dijadikan sebagai Pusat Latihan Rela.

"Kesemua itu adalah bukti kerajaan sangat menghargai RELA kerana kesunguhan yang ditunjukkan oleh setiap pegawai dan anggota RELA membuktikan bahawa mereka sentiasa komited dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan, kita akan lihat apa lagi yang RELA Sabah perlukan dan kita akan terus membantu," katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-46 RELA peringkat negeri di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 6,000 anggota RELA dari seluruh Sabah. Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Pengarah RELA  Sabah Mohammad Pauzi Jhumat.

Beliau berkata keberadaan RELA di seluruh Sabah telah membawa banyak perubahan dalam konteks keselamatan dan ketenteraman.

"RELA telah mendapat tempat di hati masyarakat sebagai salah sebuah pasukan keselamatan yang terdiri daripada sukarelawan yang ikhlas berjuang demi negara dan bangsa.

"Terbaru RELA juga terlibat dalam membantu melaksanakan rondaan dan kawalan keselamatan di kawasan  Zon Selamat Timur Sabah (Esszone)," katanya.

Musa berkata kenaikan elaun RELA seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sambutan Ulang Tahun Ke-46 RELA peringkat kebangsaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang , Selangor hari ini membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dan menghargai sumbangan anggota Rela terhadap negara.

"Oleh itu kita berharap anggota RELA terus mempertingkatkan azam dan iltizam dengan bersama-sama anggota keselamatan lain menjaga keselamatan dan kententeraman awam," katanya. 

Sementara itu Najib mengumumkan berita gembira untuk Rela iaitu kenaikan elaun anggota RELA daripada RM6 kepada RM8 sejam manakala RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi pegawai.

Januari lalu Presiden Warisan menghina 3.05 juta pegawai dan anggota Rela. Sekalipun kedengaran suara 'claim' dari pembangkang kononnya merekalah semua ini terjadi ia tetap tidak memadam penghinaan terhadap anggota Rela. Rela adalah jabatan yang mendapat peruntukan RM250 juta setahun.  Lebih 100 laporan polis dibuat oleh Rela seluruh negara yang akhirnya Shafie Apdal dipanggil memberi keterangan atas penghinaan Rela itu. 

-- Berita asal BERNAMA

Comment