Lagi Parti Lokal Sabah Balun PH dan Warisan Hal Kerusi Pilihan raya
12:03 Mar 12, 2018  |  By SabahKini2
Lagi Parti Lokal Sabah Balun PH dan Warisan Hal Kerusi Pilihan raya

Henrynus memberi amaran kepada PH/Warisan bahawa tindakan mereka untuk mengabai dan menolak hak dan peranan parti-parti pembangkang KDM Momogun seperti PCS dan Anak Negeri untuk menyertai pakatan pembangkang Sabah akan dianggap sebagai suatu penghinaan ke

Parti Kerjasama Anak Negeri bersetuju dengan Presiden PCS, DSP Wilfred M Bumburing bahawa sekiranya ada kerjasama politik antara parti-parti pembangkang, tiada mana-mana parti politik  yang harus bertanding lebih daripada 50% kerusi-kerusi negeri.

2. Bercakap selepas kunjungan ke rumah kedai dan pasar tani Pekan Ranau Sabtu lalu, Presidennya Datuk Henrynus Amin berkata persetujuan sulit agihan kerusi 40:60 antara PH/Warisan menyerupai taktik pecah dan perintah yang diamalkan oleh BN untuk melemahkan masyarakat KDM Momogun agar terus berpecah, miskin dan tidak berkuasa.

3. Henrynus memberi amaran kepada PH/Warisan bahawa tindakan mereka untuk mengabai dan menolak hak dan peranan parti-parti pembangkang KDM Momogun seperti PCS dan Anak Negeri untuk menyertai pakatan pembangkang Sabah akan dianggap sebagai suatu penghinaan kepada masyarakat KDM Momogun yang pasti akan menghantui mereka dan menjejas agenda pembangkang untuk mengubah rejim pemerintah dalam PRU14 akan datang.

4. Peluang terbaik untuk PH/Warisan menjatuhkan BN di Sabah adalah dengan bekerjasama rapat dengan parti-parti politik pembangkang KDM Momogun khusis PCS dan Anak Negeri, bukan memandang rendah, meragui atau menguasai mereka atau bersaing dengan mereka.

5. Anak Negeri mungkin tidak perlu menghiraukan tindakan atau niat PH/ Warisan yang memperkecil-kecil, mengabai dan menimbulkan keraguan terhadap hak dan peranan PCS dan Anak Negeri dalam pakatan politik pembangkang yg lebih besar di Sabah.

6. Saya sarankan Anak negeri harus meneruskan agenda kerjasama dengan PCS melalui Pakatan Anak Negeri untuk meletakkan calon2 dalam 25 - 30 kawasan DUN Sabah dalam pilihanraya umum ke 14 yang akan datang.

7. Henrynus juga telah mempersoal niat dan keikhlasan PH/Warisan yang jelas cuba mengeksploitasikan kelemahan-kelemahan parti2 politik KDM Momogun, terutama isu perpecahan mereka dan kekurangan wang sebagai justifikasi untuk membolot semua kerusi-kerusi KDM Momogun.

8. Sekiranya pendirian atau tindakan PH/Warisan ditentukan semata-mata oleh ketamakan atau sikap tidak percaya terhadap pemimpin2 PCS/Anak Negeri, saya yakin harapan PH/ Warisan untuk mengambil alih kerajaan Sabah dalam PRU14 akan runtuh di bawah berat kebodohan dan keangkuhan mereka sendiri.

9. Sebenarnya terdapat hanya tiga parti politik pembangkang yg berasaskan sokongan KDM Momogun yang agak teratur, serius dan berpeluang untuk memenangi kerusi, iaitu PCS yang diketuai oleh DSP Wilfred M Bumburing, STAR yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Anak Negeri yang diketuai oleh Datuk Henrynus Amin.

10. PCS dan Anak Negeri besar kemungkinan dapat memeteraikan kerjasama sebagai pakatan pembangkang Anak Negeri untuk menghadapi PRU14. Walau bagaimana pun, STAR tidak dapat menyertai kerjasama PCS/Anak Negeri oleh kerana STAR telah membentuk pakatan politiknya sendiri dengan SAPP,  HR dan PPRS yang dipanggil Gabungan Sabah.

11. Menurut Henrynus, pakatan politik pembangkang Sabah yang lebih besar sebenarnya diperlukan dan mungkin boleh dibentuk sekiranya hak dan peranan parti2 politik KDM Momogun diiktiraf, dihormati dan diberi peranan yang adil dan saksama dalam pilihanraya umum berdasarkan pemilihan calon terbaik dan boleh menang.

12. Beliau berkata besar kemungkinan PH/Warisan telah menolak dan mengabaikan peranan PCS dan Anak Negeri disebabkan khabar angin palsu yang diwar-warkan bahawa kononnya pemimpin-pemimpin politik KDM Momogun PCS dan Anak Negeri telah dibeli atau dibiayai dengan wang dari UMNO.

13. Henrynus berkata beliau secara mutlak menafikan dakwaan tersebut bahawa beliau kononnya digunakan oleh UMNO untuk memecah undi pembangkang dan beliau telah menerima wang daripada UMNO untuk memulakan Anak Negeri.

14. Saya menyesali khabar angin tersebut yang tidak berasas yang disebarkan oleh pemimpin politik terdesak baik dari BN mahu pun parti-parti pembangkang yang lain yang menuduhnya kononnya saya dibiayai oleh UMNO. Saya mencabar orang-orang yang menuduh saya agar membuat kenyataan atau tuduhan umum di surat khabar atau media sosial.

15. Saya memerlukan bukti nyata mengenai dakwaan tersebut melalui ucapan-ucapan, laporan akhbar, WhatsApp atau posting facebook untuk membolehkan saya bertindak membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat tuduhan dengan niat jahat.

16. Henrynus berkata beliau terkejut apabila diberitahu oleh seorang pastor gereja baru-baru ini bahawa beliau mungkin tidak dipercayai oleh sesetengah orang mungkin disebabkan oleh tuduhan palsu terhadap Anak Negeri.

17. Saya juga mendapat nasihat dari rakan saya yang juga merupakan pemimpin politik pembangkang KDM Momogun yang mengatakan bahawa khabar angin palsu sedang beredar mulut ke mulut yang menuduh kononnya Anak Negeri dibiayai oleh UMNO.

18. Bahkan ada kisah baru bahawa seorang pemimpin kanan Warisan semasa ceramah di Kg Ketiau telah menuduh Anak Negeri kononnya menerima sejumlah wang dari UMNO untuk memulakan parti.

19. Biar saya jelaskan dan tegaskan bahawa Anak Negeri mahupun saya tidak ada dan tidak pernah menerima wang bantuan kewangan walau satu sen pun luar dari lingkungan ahl-ahli dan penyokong Parti Anak Negeri apatah lagi dari UMNO.

20. Saya mencabar orang-orang yang membuat tuduhan tidak berasas ini agar membuat kenyataan umum untuk membolehkan saya membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama baik saya dan juga Anak Negeri

21. Saya meminta kerjasama mereka yang mempunyai rekod tuduhan palsu tersebut di WhatsApp, facebook dan lain-lain untuk menyerahkan bukti tersebut kepada saya untuk membolehkan saya mengambil tindakan undang-undang.

22. Sebagai rekod, Parti Kerjasama Anak Negeri ditubuhkan tanpa memikirkan hal kewangan kerana semua pemimpin-pemimpin penaja harus bertanggungjawab secara kolektif terhadap keperluan kewangan parti. Beberapa pemimpin Anak Negeri telah menjual aset peribadi untuk membantu memenuhi keperluan parti. Malah semua bakal-bakal calon yang berpotensi telah diminta agar membiayai aktiviti parti mereka masing-masing dengan menggunakan sumber peribadi mereka yang sangat terhad.

23. Anak Negeri berbangga dengan hakikat bahawa Anak Negeri mempunyai banyak pemimpin-pemimpin yang dedikasi untuk memastikan parti ini dapat bertahan dalam tempoh satu tahun pertama sejak ianya kembali aktif. Semua pemimpin-pemimpin Anak Negeri membuat pengorbanan besar dari segi sumbangan masa, bakat, usaha fizikal dan juga wang melalui penjualan aset peribadi untuk membantu parti.

24. Henrynus melahirkan rasa kesal terhadap parti-parti politik pembangkang tertentu yang mendakwa diri mereka sebagai parti pembangkang tetapi menggunakan pembohongan dan penipuan untuk menimbulkan kebencian dan keraguan terhadap PCS dan Anak Negeri yang secara tidak langsung tindakan mereka sebenarnya mengkhianiati agenda politik pembangkang di Sabah.

25. Henrynus mengingatkan rakyat Sabah agar waspada dan menolak taktik kotor pecah dan perintah yang memburuk-burukkan PCS dan Anak Negeri untuk tujuan memusnahkan kesatuan, maruah dan hak kesulungan masyarakat Anak Negeri (KDM Momogun) di Sabah.

26. Henrynus yakin dan percaya pemimpin-pemimpin politik yang terdesak dengan motif yang diragui sebenarnya amat takut dengan kemunculan dan kebangkitan masyarakat Anak Negeri yang kini mempelopori gerakan BALIK RUMAH melalui arus perubahan Gelombang Anak Negeri yang sedang melanda di seluruh negeri Sabah.

DATUK HENRYNUS AMIN
Presiden
PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI (ANAK NEGERI)

4 Comments