Perasuah Penipu dan Golongan Kecewa mendapat tempat dalam Warisan
17:03 Mar 12, 2018  |  By SabahKini2
Perasuah Penipu dan Golongan Kecewa mendapat tempat dalam Warisan

Inilah REALITI apa yang ada dalam Warisan sekarang. Penipu dan perasuah ada tempat.

KOTA KINABALU: Gara-gara kerajaan Negeri sebulat suara mengambil keputusan menggantung dan menghentikan serta-merta sebarang aktiviti perniagaan tukar barang (barter trade) dan aktiviti perdagangan petroleum serta gas di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) pada April 2016 seorang dari bekas Vice Chairman BIMP-EAGA Malaysia Business Council (BEMBC) Nordin Ening mengamuk dan kini menyertai parti Warisan pimpinan Shafie Apdal.

Pelbagai perkara ditangguhkan termasuk  pelaksanaan feri penumpang antara Sabah dan negara Filipina menggunakan pelabuhan di daerah Kudat ke Palawan (Filipina), penggantungan serta -merta aktiviti barter trade di seluruh Sabah dan aktiviti perdagangan petroleum dan gas secara perkapalan di kawasan ESSZone bagi menangani isu-isu keselamatan.

Menurut sumber BIMP-EAGA Malaysia Business Council (BEMBC) Nordin Ening banyak melakukan kegiatan rasuah dan salah guna kuasa kerana banyak dari perniagaannya lebih menguntungkannya berbanding organisasi. Sehubungan itu pada 16 Jun 2017 BIMP-EAGA Malaysia Business Council (BEMBC) mengumumkan Nordin Ening bukan lagi Naib Pengerusi dan ahli BEMBC or BEBC. Sebarang penggunaan nama dan urusan atas nama BIMP-EAGA perlu dilaporkan.
 
Dalam satu portal freesabahtoday pernah melaporkan  NORDIN BIN ENING, bekas pegawai perhubungan Ko-Nelayan Negeri pernah mendapat kekayaan dengan sekelip mata atas tipu helah dan meminta komisen projek dari urusan Ko-Nelayan anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah itu. Ini termasuk salah guna kuasa menjual minyak petrol bersubsidi kepada peniaga dari Filipina yang menyebabkan beliau dipecat sebagai Pegawai Khas Ko-Nelayan. Mungkin Datuk Samsudin Adun Sekong bekas majikannya boleh menjelaskan perkara ini.
 
Pemimpin warisan ini banyak menipu ahli perniagaan dengan gambar-gambarnya bersama pemimpin negara termasuk pemimpin negeri.
Tugasnya "Pau" kontraktor dan berlagak banyak duit kemudian menggunakan BIMP EAGA untuk kepentingan peribadi

Sumber-sumber kontraktor yang pernah berurusan dengan Nordin Ening pernah ditipu ratusan ribu ringgit termasuk menipu kontraktor taukeh-taukeh besar dari Serawak, dengan mengunakan gambarnya bersama Menteri, kononnya mempunyai hubungan baik dengan semua Menteri di Putrajaya bagi kerja-kerja melobi projek-projek Mega.

Menurut sumber Nordin juga mengunakan lesen import/export beras ke Filipina untuk mempengarui peniaga-peniaga tempatan bagi tujuan mendapatkan wang dengan mudah. 

Bila semua jalan penipuan Nordin Ening sudah dapat dihidu oleh peniaga tempatan mahu pun peniaga dari Pilipina, kini Nordin Ening bergiat di Balik Papan Indonesia dan Thailand bagi mengelak penipuannya tidak dapat dikesan menggunakan BIMP-EAGA. Lantaran itu Nordin dipecat pada tahun 2017.

Ketika Nordin Ening menjadi Vice Chairman BIMP-EAGA Malaysia Business Council (BEMBC) segala maklumat CADANGAN projek dijual kepada pihak-pihak luar dan beliau berjumpa mana-mana kontraktor untuk 'pau' mereka. Sama ada projek cadangan itu dilaksanakan atau tidak ia terpulang kepada kerajaan. Nordin menggunakan BIMP-EAGA Malaysia Business Council (BEMBC) untuk mengaut keuntungan bagi dirinya. Sebab itu dia dipecat.
Boleh semak fail SPRM kerana terdapat aduan kepada SPRM mengenainya. Tanyalah kontraktor Semenanjung dan Sabah siapa tidak pernah kena 'pau'
dengan Nordin Ening ni. 

Bagaimanapun hari ini beliau dilihat menyertai parti Warisan dan membiayai parti itu dengan dana rasuah haramnya ketika berurusan di Ko Nelayan dan BIMP-EAGA. Apa yang beliau dedahkan di Lahad Datu adalah sebab pengalaman-pengalaman beliau yang membuat penipuan kepada kontraktor -kontraktor di Sabah.

Sejak parti Warisan dibeli begitu ramai penipu, perasuah dan golongan kecewa dari pelbagai parti diterima masuk Warisan. Pendek kata tiada kualiti tetapi jenis mengejar poket serta kepentingan sendiri. Dari Presiden,Naib Presiden, Ketua Wira semua pernah ditahan SPRM kerana kes rasuah. Begitu juga ramai pemimpin 'sampah' dari UMNO dibuang dipungut oleh Shafie Apdal. 

3 Comments