(VIDEO) Muhyiddin akan cari Nika Gee dan saman!
05:03 Mar 13, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Muhyiddin akan cari Nika Gee dan saman!

Saya akan cari perempuan itu dan saman". katanya.

 

KUALA LUMPUR: Dalam satu wawancara dengan kiniTV, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan bertindak mencari dan menyaman sekiranya difitnah oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya akan cari perempuan itu dan saman". katanya.

Netizen mempersoalkan kenyataan Muhyiddin itu kerana ketika beliau berhadapan isu skandal dengan isteri peguam sebelum ini sebagaimana didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin beserta  Akuan Bersumpah (SD) dua muka surat di portalnya, Malaysia Today tidak pula Muhyiddin mencari Nike Gee, suami Nika Gee atau menyaman Raja Petra, Nika dan suaminya. Bilakah agaknya Muhyiddin mahu saman?

 

Akuan Bersumpah itu adalah membabitkan pengakuan Nika Gee itu sendiri. Malah Nika Gee turut mengakui mempunyai hubungan asmara dengan Muhyiddin untuk tempoh yang agak lama.

Satu-satunya cara untuk Muhyiddin membersihkan namanya adalah dengan menyaman. Tetapi Muhyiddin tidak pernah berbuat demikian. Namun adalah pelik apabila Muhyiddin berkata kepada Najib bahawa dia perlu menyaman blogger United Kingdom Clare Brown dan WSJ Amerika Syarikat untuk membersihkan namanya sedangkan kita tahu proses menyaman pihak luar dari Malaysia bukan mudah kerana mempunyai undang-undang sendiri berbeza dengan Muhyiddin, Nika Gee, suaminya Stanley Clement Augustin dan Raja Petra orang Malaysia.

 

Comment