Anina Dedah Muhyiddin dan Shafie Presiden Warisan Taja Saman!
16:03 Mar 13, 2018  |  By SabahKini2
Anina Dedah Muhyiddin dan Shafie Presiden Warisan Taja Saman!

Pendedahan Anina ini membuktikan PPBM dan Warisan adalah parti adik-beradik kerana saling membiayai dana saman terhadap Datuk Seri Najib Perdana Menteri

 

Channel Youtube link 

KETEREH: Bekas ahli pengasas PPBM, Anina Saaduddin mendedahkan pada 25 Ogos 2015 ketika memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Presiden UMNO mengenai 1MDB bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Shafie Apdal adalah dalang utama. Video penuh sila tonton Empirical.

‘Pada 25 Ogos siapa dibelakang saya? Tan Sri Muhyiddin Yassin Ok, Datuk Seri Shafie Apdal, saya ke mahkamah pada 2015”. Kata Anina dalam ucapan terbarunya di Ketereh.

Pendedahan Anina ini membuktikan PPBM dan Warisan adalah parti adik-beradik kerana saling membiayai dana saman terhadap Datuk Seri Najib Perdana Menteri.

Portal Sabahkini2 sebelum ini sudah mendedahkan Warisan sebuah parti berketuakan Tun Dr Mahathir walaupun Shafie Apdal sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya hubungan dengan Parti PPBM itu.

Malah Shafie Apdal terus menyeru warga Sabah agar memaafkan Mahathir kerana projek IC.

Membuktikan lagi PPBM menguasai Warisan Mahathir meminta Muhyiddin telah datang ke Sabah untuk menyelesaikan pergelutan Pakatan Harapan dengan Warisan di Sabah. Malah Muhyiddin mengumumkan PH di Sabah biarlah diketuai oleh Shafie Apdal.

 

 

 

1 Comment