(VIDEO) Bumburing dedah bukti Video Shafie Presiden Warisan Serang Parti Tempatan
17:03 Mar 13, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Bumburing dedah bukti Video Shafie Presiden Warisan Serang Parti Tempatan

Selepas tularkan mesej kenyataan media PCS kini Bumburing dan PCS dedah pula video Shafie Apdal tikam Bumburing dan PCS serta parti tempatan.

 

DENGAR APA SHAFIE TIKAM BELAKANG TERHADAP BUMBURING. Channel Youtube link

KOTA KINABALU: Selepas tular mesej dalam media sosial mesej Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) mengenai serangan Shafie Apdal terhadap PCS dan Bumburing kini Bumburing dedahkan pula bukti video ceramah Datuk Shafie di Kg Kituau Penampang pada 10hb March 2018 lalu.

Shafie Apdal sebelum ini menuduh PCS ada hubungan dengan BN serta berjumpa dengan pemimpin BN seperti Najib. Malah katanya Shafie telah memadam video itu selepas tular dalam media sosial. Bumburing berkata tuduhan itu sangat serius memaksa dia membuat kenyataan balas menyerang Shafie Apdal.

Video kali ini memaparkan Bumburing menjawab semua tuduhan Shafie Apdal dalam ucapannya.

Bumburing mencabar Shafie Apdal membuktikan di mana dia berjumpa Najib dan orang-orang UMNO. Bumbring turut mendedahkan usaha dia menyerang UMNO dan BN lebih awal berbanding Shafie.

Katanya dia terlebih dahulu menjadi pembangkang berbanding Shafie Apdal.

Bumburing turut mendedahkan perbualan telefonnya bersama dengan Presiden Warisan itu pada 6 hb Mac bahawa formula memberikan 42 kerusi DUN Sabah kepada Warisan adalah tidak betul kerana ia melebihi 32% dari jumlah kerusi. Di Malaya pun katanya di kalangan PH tiada satu parti yang bertanding lebih daripada 32% dari jumlah kerusi.

Perbalahan Bumburing PCS dan Shafie Presiden Warisan pastinya akan menggugat kerjasama Pembangkang Pakatan Harapan dengan Parti-parti tempatan apabila Bumburing mendakwa parti pembangkang Malaya lebih banyak bertanding di Sabah sedangkan PCS adalah parti tempatan. Ini katanya tidak betul.

‘Shafie selalu berkata Warisan mahu kerusi-kerusi KDM kerana dia ada pemimpin KDM. Saya kata PCS adalah parti KDM. Juga mengapa PKR dan DAP, parti-parti dari Malaya bertanding lebih daripada PCS?”. kata Bumburing.

 

 

4 Comments