Setiausaha Politik DAP Kota Kinabalu Hina Arwah di Kecam Netizen
17:03 Mar 15, 2018  |  By SabahKini2
Setiausaha Politik DAP Kota Kinabalu Hina Arwah di Kecam Netizen

Sumber berkata Jufazli berani berkata demikian kerana mendapat pembelaan daripada Jimmy Wong sebagaimana sebelum ini Jimmy Wong dan DAP Sabah mempertahankan Jufazli dari didakwa di mahkamah kerana kata-kata kesat memfitnah di media sosial.

KOTA KINABALU: Hari ini netizen kecoh mempersoalkan sikap ahli DAP yang juga Setiausaha Politik Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong apabila menghina Arwah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas yang meninggal hari ini.

Jufazli Shi Ahmad alumni UMS yang terkenal dengan kontroversi biadap dan kurang ajar hari ini menulis dalam facebook kata-kata biadapnya terhadap arwah dengan tuduhan tidak berasas.

Pelbagai pihak mahu tindakan tegas diambil terhadap penghinaan Jufazli itu dan akan membuat laporan polis kerana menghasut serta memfitnah. Ini bukan kali pertama Jufazli bersikap sedemikian malah sudah beberapa kali beliau direman polis.

Sumber berkata Jufazli berani berkata demikian kerana mendapat pembelaan daripada Jimmy Wong sebagaimana sebelum ini Jimmy Wong dan DAP Sabah mempertahankan Jufazli dari didakwa di mahkamah kerana kata-kata kesat memfitnah di media sosial.

Keberanian Jufazli kali ini juga dikatakan adalah arahan daripada Jimmy Wong Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu. Pastinya selepas ini jika ada pihak yang membuat laporan kepada polis DAP akan mempertahankan Setiausaha Politik DAP ini.

Jimmy Wong sanggup bawa Jufazli dalam DAP dan diraikan oleh Lim Kit Siang

DAP pertahankan Jufazli. Malah kos Peguam ditaja DAP

Bagaimanapun kerana kemarahan rakyat Sabah atas sikap biadap ahli DAP yang mencemar imej DAP itu, Chan Foong Hin Setiausaha DAP Sabah telah menjawab dalam facebooknya bahawa Jufazli Shih Ahmad sudah berhenti sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu.

“ Jufazli Shih Ahmad sudah lama berhenti sebagai Setiausaha Setiausaha Politik Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan semua kenyataannya bersifat persendirian dan tidak berkaitan langsung dengan Parti DAP”. Katanya

Bagaimanapun menjadi kemusykilan Jimmy Wong Ahli Parlimen DAP itu masih belum membuat penafian dan kenyataan rasmi berhubung tindakan Jufazli Setiausaha Politiknya. Terdapat maklumat menyatakan Jufazli masih ahli DAP dan setiausaha Jimmy Wong. Apa yang dilakukan oleh Chan Foong Hin hanyalah atas sikap peribadi Chan pemimpin DAP berasal dari DAP. Hakikatnya DAP pun pening dengan sikap Jufazli Shih Ahmad yang memudaratkan DAP.

Semakan Sabahkini2 dalam akaun facebook Jufazli kenyataan penghinaan beliau sudah dipadam. 

 

 

3 Comments