Terbukti Gnanaraja Terima RM19 juta Rasuah Terowong Teman Akrab Lim Guan Eng
18:03 Mar 18, 2018  |  By SabahKini2
Terbukti Gnanaraja Terima RM19 juta Rasuah Terowong Teman Akrab Lim Guan Eng

Gambar Lim Guan Eng dan Gnanaraja kali ini mengesahkan hubungan akrab mereka berdua yang kelihatan tersenyum dan bergelak ketawa di dalam kenderaan milik Datuk Zarul Zenit pemilik syarikat kontraktor pembinaan projek terowong tersebut.

KUALA LUMPUR – Selepas tular gambar Lim Guan Eng bersama Dato’ sri Gnanaraja di kediamannya kini sekeping lagi gambar ‘intim’ lebih mesra Ketua Menteri Pulau Pinang itu bersama Dato’ Sri Gnanaraja yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima suapan sebanyak RM19 juta daripada Zenith Konsortium untuk menutup kes pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang pula ditularkan.

Gambar Lim Guan Eng dan Gnanaraja kali ini mengesahkan hubungan akrab mereka berdua yang kelihatan tersenyum dan bergelak ketawa di dalam kenderaan milik Datuk Zarul Zenit pemilik syarikat kontraktor pembinaan projek terowong tersebut.

Gambar yang diambil sekitar Julai 2017 ini sekali lagi mengesahkan Ia Lim Guan Eng dengan Gnanaraja sehingga Lim Guan Eng mengarahkan Zarul membayar wang RM 19 juta Gnanaraja.

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, Guan Eng sekali lagi meminta penjelasan benarkah Lim Guan Eng tidak mengenali Daro’ Sri Gnanaraja. Tak mungkin Lim Guan Eng tidak tahu. Lim Guan Eng sudah tidak boleh melarikan diri, sebaliknya adalah lebih baik beliau tampil memberi penjelasan.


Huan Cheng Guan sebelum ini meminta penjelasan gambar ini.Hari ini bertambah lagi satu

“Sebagai pemimpin dikenali ramai tak mungkin Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak mengetahui individu yang duduk sebelahnya dalam kereta itu? Apakah pula alasan Lim Guan Eng selepas ini?”  

“Apa lagi pembohongan yang dibuat Guan Eng? Sampai bila nak lari? Cukuplah. Kami sedang tunggu ‘pembohongan putar belit’ seterusnya dengan tidak sabar,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng dalam satu kenyataan tanpa segan silu berkata, sebagai pemimpin masyarakat, adalah menjadi lumrah untuk beliau bergambar dengan mana-mana individu dan sukar baginya mengingati setiap foto yang diambil termasuk bersama ahli perniagaan berkenaan.

Kini apakah lumrah pula bergambar mesra dengan Dato’ Sri Gnanaraja penipu yang dibayar RM19 juta oleh Zenith?

 

 

 

3 Comments