Negara Contoh Pakatan Harapan Venezuela, kini krisis kemiskinan, ribuan rakyat hijrah ke Brazil
19:03 Mar 21, 2018  |  By SabahKini2
Negara Contoh Pakatan Harapan  Venezuela, kini krisis kemiskinan, ribuan rakyat hijrah ke Brazil

Negara Venezuela negara contoh Pakatan Harapan akhirnya hancur

PACARAIMA: Negara contoh Pakatan Harapan sebagai negara contoh petrol adalah termurah dalam dunia iaitu US$0.01 per liter atau dalam Ringgit Malaysia hanya 4 sen per liter, pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke peringkat tertiari (universiti), harga barang dikawal kerajaan, gaji pekerja awam dan swasta dikawal kerajaan hari ini ribuan rakyat Venezuela yang menghadapi krisis kemiskinan dan kelaparan, kini cuba memulakan kehidupan yang baru di Brazil, mengharapkan masa depan yang lebih cerah.

Kebanyakan daripada mereka berhijrah ke negara itu tanpa sebarang wang untuk penginapan, atau membeli makanan, atau menaiki bas ke Boa Vista, ibu negeri Roraima, yang diketahui mereka menawarkan makanan tiga kali sehari.



Walaupun sedar Brazil juga negara yang tidak kaya serta tidak menggunakan bahasa seperti mereka, rakyat Venezuela nekad untuk mencari sinar di tempat yang baharu.

"Kami terdesak, kami tak mampu lagi membeli makanan," kata salah seorang imigran, Kritce Montero, yang menaiki bas selama 18 jam dari Maturin, Venezuela, menuju Brazil, bersama bayinya yang berusia enam bulan, seorang lagi anaknya dan seorang anak saudara.

"Sebenarnya, perjalanan ini menakutkan. Ini kali pertama saya keluar daripada Venezuela dan meninggalkan anak-anak saya. Ini juga pertama kali saya berjauhan dengan mereka," kata seorang imigran lagi, Militza DonQuis.

Menurut Pegawai Polis Persekutuan Pacaraima, Clovis Roldao, tahun lepas, 60,000 rakyat Venezuela secara teorinya tinggal di Brazil.

"Kita boleh lihat yang jumlah mereka telah meningkat dan akan terus meningkat, dengan majoriti daripada mereka berhasrat untuk menetap di Brazil."

Antara 1 Januari dan 7 Mac tahun ini, 27,755 warga Venezuela memasuki Brazil dari Pacaraima. Pihak berkuasa menganggarkan sekurang-kurangnya 80,000 orang kini berada di Brazil, kebanyakannya di Roraima.

Bolivar Square di Roraima, merupakan kem yang menempatkan imigran daripada Venezuela bagi mencari pekerjaan.

Di sini, semua imigran diberi makanan tiga hari sekali sebagai satu bantuan dan sokongan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan.

Kebanyakan mereka yang ditemui dilaporkan hanya makan sekali sehari sejak tahun lepas.

Salah seorang sukarelawan, Milene da Souza menjelaskan, jumlah mereka kian meningkat dan wilayah Roraima yang kecil itu tidak mampu menampung keadaan itu.

"Hakikatnya, Brazil sendiri mempunyai banyak masalah, tetapi kami tetap menghulurkan sokongan kepada mereka."

Comment