Saya Lantik 7 Pemimpin Sabah Menteri Persekutuan- Najib
17:03 Mar 22, 2018  |  By SabahKini2
Saya Lantik 7 Pemimpin Sabah Menteri Persekutuan- Najib

Saya cukup beri perhatian berat kepada orang Sabah. Contohnya banyak. Tak pernah dalam Kabinet Persekutuan, tak pernah dalam sejarah, tujuh orang menteri berasal dari Sabah.

TUARAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejak mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri beliau memberi perhatian amat serius terhadap kepentingan rakyat Sabah dan pembangunan di negeri itu.

Najib berkata beliau merupakan perdana menteri pertama yang malantik tujuh pemimpin dari Sabah menganggotai Kabinet Persekutuan, sekaligus merupakan sejarah bagi negara ini.

"Saya cukup beri perhatian berat kepada orang Sabah. Contohnya banyak. Tak pernah dalam Kabinet Persekutuan, tak pernah dalam sejarah, tujuh orang menteri berasal dari Sabah.

"Saya kira dalam masa lebih kurang lapan tahun ini, saya telah melawat Sabah lebih kerap daripada seorang yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun," katanya ketika berucap pada majlis tinjauan projek Jalan Telipok-Kiulu-Randagong di Kampung Pukak, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Anggota Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kiulu Datuk Joniston Bangkuai.

1 Comment