Shafie sibuk menipu di luar kawasan, Ramlee sibuk bawa kemajuan
10:03 Mar 26, 2018  |  By SabahKini2
Shafie sibuk menipu di luar kawasan, Ramlee sibuk bawa kemajuan

Peruntukan RM1 juta bagi melaksanakan projek pembesaran parit dan tebatan banjir

SEMPORNA, 25 Mac - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM1 juta bagi melaksanakan projek pembesaran parit dan tebatan banjir di Kampung Labuan Sanang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bugaya di sini.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata projek itu bakal menangani masalah banjir kilat di kawasan Labuan Sanang, Sakong Besar serta Bugaya Laut dan Darat apabila saliran parit dibesarkan sepanjang dua kilometer dan disalirkan terus ke sungai.

"Projek ini dilaksanakan menerusi peruntukan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah projek pembesaran parit dan tebatan banjit itu di Kampung Labuan Sanang hari ini.

Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin dengan keperluan rakyat Semporna dan cuba memenuhi semua keperluan itu.

"Masyarakat perlu memahami sekali gus membalas budi kerajaan Persekutuan yang sentiasa menyantuni rakyat di kawasan luar bandar termasuk di Semporna." katanya.

Beliau berkata ini membuktikan bahawa kerajaan BN tidak 'cakap kosong'  dalam usahanya membangunkan  Semporna.

Comment