Banglo Guan Eng Tanah 'Free Hold' dan status 'First Grade'- Saksi ke-25
19:03 Mar 27, 2018  |  By
Banglo Guan Eng Tanah 'Free Hold' dan status 'First Grade'- Saksi ke-25

2 Disember 2008 pada jam 10.54 pagi tanah Ming Holdings (M) Sdn Bhd dipindah kepada Phang Li Koon. Rumah ini kemudian dijual kepada Lim Guan Eng harga lebih murah

GEORGE TOWN: Penolong Pengarah (Pendaftaran) Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Mohd Syukri Mohd Mokhtar memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, proses pindah milik tanah ahli perniagaan Phang Li Koon kepada ketua menteri Lim Guan Eng dibuat pada 21 Oktober 2015.

Beliau yang juga saksi pihak pendakwaan ke-25 berkata semakan rekod pejabatnya menunjukkan tanah di No 25, Jalan Pinhorn tersebut wujud dan direkodkan sebagai hak milik GRN 11149, Lot 2985, Seksyen 6, Daerah Timur Laut didaftarkan pada 7 Disember 1983.



Katanya, pindah milik tanah disahkan berlaku pada 2 Disember 2008 pada jam 10.54 pagi daripada Ming Holdings (M) Sdn Bhd kepada Phang Li Koon iaitu 1/1 lot tanah beralamat di Jalan Pinhorn.

Menurut Mohd Syukri, tanah itu adalah jenis pegangan selama-lamanya iaitu free hold dan keluasan tanah adalah 944 meter persegi.

Tambahnya, tanah berkenaan berstatus ‘First Grade’ bererti pemiliknya tidak perlu mengemukakan permohonan menukar syarat sekiranya ingin mengubah kegunaan tanah sama ada kepada tanah berstatus industri, pertanian atau pembangunan.

Beliau berkata demikian dalam penyataan saksi yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail pada perbicaraan hari kedua kes rasuah Guan Eng dan Li Koon.

Seramai 14 saksi tampil memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan.

Pada Isnin, Guan Eng dan Li Koon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Comment