Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA!
15:04 Apr 02, 2018  |  By SabahKini2
Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA!

Pada tahun 2015 Michael P.Ubu pula telah memindahkan RM12.9 juta kepada Syarikat Budiman Juta Sdn Bhd di mana anda akan terkejut pemilik syarikat ini ialah pekerja Peter Anthony alamat syarikat didaftar di PEJABAT GUAMAN FIRMA MICHAEL UBU & CO.

Sempena Perhimpunan Agung Parti Warisan Palsu, pemimpin, ahli warisan dan rakyat Sabah perlu melihat siapa Warisan terutama Datuk Peter Anthony orang kepercayaan Shafie ‘‘kaki songlap’ tegar.

Sejak akhir-akhir ini Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan kurang didengari mengenai pergerakannya mungkin kerana beliau hanya menanti saat akhir bahawa beliau akan dituduh di mahkamah pada bila-bila masa berkenaan pencurian wang RISDA RM 15.5 juta berhubung pembelian tanah ladang Tongod RM155 juta

Persoalan besar yang kini belum berjaya Shafie Apdal dan Peter Anthony ialah;

1. Di mana Michael P Ubu Peguam Peter Anthony dalam kes pembelian tanah oleh RISDA?

2. Jika tidak bersalah mengapa lari ketika diburu SPRM untuk membantu siasatan? Atau mungkin dibunuh?

3. Mengapa Shafie dan Peter tidak memujuk Peter untuk menyerah diri?

Sebelum Michael Ubu hilang Datuk Peter Anthony juga telah hilang selama dua bulan sehingga terpaksa diburu SPRM. Kurang 48 jam Datuk Peter menyerah diri tetapi Michael Ubu terus Jadi mengapa lari? Jawapannya memang terdapat bukti jelas salah laku rasuah dan juga pecah amanah.

 

Sabahkini2 sebelum ini pada 20 Februari melaporkan mengenai “The Money Trail” wang RM 15.5 juta itu yang telah disalur kepada Firma Guaman Michael Ubu dari RISDA bermula tahun 2014.

Pada tahun 2015 Michael P.Ubu pula telah memindahkan RM12.9 juta kepada Syarikat Budiman Juta Sdn Bhd di mana anda akan terkejut pemilik syarikat ini ialah pekerja Peter Anthony alamat syarikat didaftar di PEJABAT GUAMAN FIRMA MICHAEL UBU & CO.

Bagaimana syarikat yang dibayar oleh Michael Ubu didaftarkan di pejabat peguam sendiri?

Semakan di SSM menunjukkan syarikat milik Peter itu didaftarkan pada 8 Ogos 2012 di alamat Lot No.2012 (R), 2ND Floor Beverly Hills Plaza Jalan Bundusan Penampang Kota Kinabalu. Dua Pengarahnya adalah Safineh Dato dari Kelatuan Papar (tempat asal Peter Anthony dan staf Peter) dan Ebby Roy Raimon. Tiada laporan pernah dihantar kepada SSM.

Orang Kelatuan Papar bersama Peter

Bagaimanapun rekod kewangan bank RM12.9 juta disalurkan kepada Budiman Juta Sdn Bhd melalui akaun Firma Guaman Michael Ubu pada tahun 2015. Atas sebab-sebab akta BAFIA akaun tidak boleh ditunjukkan.

Pada tahun yang sama Syarikat Budiman Juta Sdn Bhd memindahkan pula wang RM12.9 juta itu kepada 4 pihak iaitu ‘Mr William’, Peter Anthony sendiri, ‘Mr X’ dan pembelian kenderaan mewah di ‘Auto Car Dealer’. Mr X dikaitkan dengan Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd milik Peter Anthony juga.

Dalam erti kata lain Syarikat milik Peter Anthony itu memindahkan wang RISDA itu ke dalam akaun Datuk Peter Anthony sendiri juga beberapa pihak lain.

 

Manakala baki RM 2.6 juta pula diberi kepada peguam Michael P Ubu. Michael Ubu bukan saja menerima habuan RM2.6 juta tetapi  juga dari wang RM12.9 juta yang dipindahkan kepada syarikat Peter Anthony.

Datuk Peter turut mengagihkan wang dari RM12.9 juta ini kepada Dato Seri Shafie Apdal untuk perbelanjaan politiknya.

Jadi rakyat Sabah faham mengapa Michael P. Ubu lari? Kalau tak ada bukti kukuh tak mungkin Michael Ubu lari. Datuk Peter Anthony dan Shafie Apdal paling takut hal ini.

Jadi rakyat Sabah harus membuka mata bagaimana anda mahu percaya pemimpin yang merompak wang rakyat Pekebun Kecil Getah (RISDA) sebagai pemimpin negeri? Terang-terang mereka merompak dan melakukan salah guna kuasa.

Rakyat Sabah tolaklah Shafie Apdal, Peter Anthony dan semua pemimpin Warisan yang rasuah. Jangan halalkan komisen sebagai rasuah atau pencuri wang rakyat sebagai pemimpin kamu. Masa berkuasa di Kementerian mereka merompak wang rakyat kini kamu mahu beri sekali lagi kuasa untuk mencuri duit rakyat. Di pentas berlakon baik di luar pentas pencuri wang rakyat.

 

 

9 Comments