(VIDEO) Ketua Wira Warisan Hina Santa Claus Dalam Kristian Sebagai Pencuri dan Perasuah
18:04 Apr 04, 2018  |  By
(VIDEO) Ketua Wira Warisan Hina Santa Claus Dalam Kristian Sebagai Pencuri dan Perasuah

Santa Claus itu penipukah?Perompakkah?Penyamunkah? Perasuahkah?’

Netizen dan pengguna facebook menyelar Ketua Wira Warisan Sabah Dato’ Azis Jaman dalam ceramahnya di Ranau baru-baru ini apabila dalam ucapannya menghina Santa Claus yang dikaitkan dengan perayaan Krismas sebagai perasuah, perompak, pencuri dan pemberi wang.

 Seorang pengguna facebook John Charles Mitah Mikat berkata Azis tiada hormat langsung mengaitkan politik Sabah dengan Santa Claus Biru.

“Kalau hari raya pilihan raya, kenapa kait nama Santa Claus bagi-bagi duit di Sabah”.

“Santa Claus itu penipukah?Perompakkah?Penyamunkah? Perasuahkah?’. katanya

Hina sangatkah Santa Claus itu?

Menurutnya Santa Claus bukan suatu perumpamaan yang boleh dibuat perbandingan dengan parti UMNO BN.

Azis dalam ucapannya berkata “Pilihan raya ini hari raya, saya kasi tahu sama kamu,dia akan hambur duit segala macam, Santa Claus turun, pilihan raya ini saya beri tahu awal saya umum awal daripada Rosmah, Santa Claus akan turun ke Negeri Sabah, cuma kali ini bukan yang baju merah tapi baju biru, Santa Claus baju merahkan tapi dia pakai baju Biru…. dia akan bagi….”

Charles menasihatkan dalam kempen politik jangan sama sekali mengaitkan sesuatu yang bertentangan agama orang lain. Berpolitiklah cara matang.

Dalam pada itu Azis berkata jika Warisan menang mereka akan menyiasat kes rasuah.Umum mengetahui Azis ditahan kes rasuah bersama taukeh Yu Sin Kong pemilik Sinkong Contruction Sdn Bhd Oktober tahun lalu. Azis direman SPRM lselama 8 hari bagi siasatan penyelewengan dana KKLW RM1.5bilion. 

 

 

 

 

16 Comments