Hanya DAP dan PKR : PAN Tidak Relevan Dalam PH: Junz Wong Warisan
02:04 Apr 07, 2018  |  By SabahKini2
Hanya DAP dan PKR : PAN Tidak Relevan Dalam PH: Junz Wong Warisan

Kami tidak berada di sini kali ini untuk menjaga perasaan semua orang, kami mahu menang pilihan raya.

Parti Warisan Sabah hanya berminat untuk bekerjasama dengan parti-parti yang relevan di negeri Sabah, kata naib presidennya, Junz Wong.

Parti Amanah Negara (PAN) tidak termasuk dalam komponen Pakatan Harapan Sabah. Malah sebenarnya Warisan tidak perlukan Pakatan di Sabah.

"Kami tidak memerlukan Pakatan di Sabah tetapi kami bekerjasama (Istilah sesuai) di peringkat nasional dengan mereka untuk membantu mereka mengalahkan BN. Di Sabah, kami hanya bekerjasama dengan komponen Pakatan Harapan seperti DAP dan PKR".

"Di Sabah hanya PKR dan DAP sahaja relevan". katanya.

Warisan bertegas tidak akan memasukkan Parti PAN dalam kerjasama politik kerana mereka parti Semenanjung yang tidak relevan.

"Kami tidak berada di sini kali ini untuk menjaga perasaan semua orang, kami mahu menang pilihan raya.

"Kami tidak perlu untuk memberi anda satu atau dua kerusi kerana anda berada di sini atau di sana," kata ADUN Likas yang dulu adalah bekas Adun DAP itu.

Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan di kongres parti itu pada hari Isnin lalu bahawa Warisan telah memeteraikan pakatan pilihan raya dengan DAP dan PKR sahaja. Tiada kerjasama dengan part tempatan lain.

Ketua PAN Sabah, Hamzah Abdullah berkata PAN tidak pernah menjadi sebahagian daripada perbincangan antara ketiga-tiga parti itu.

"Mungkin kerana kami adalah parti kecil, saya tidak tahu. Tetapi kami ada mendengar cakap-cakap yang meminta PAN tidak bertanding di Sabah.

"Kami tidak pernah menerima sebarang jemputan untuk rundingan kerusi dengan WARISAN."

Bagaimanapun, Hamzah bertegas PAN akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Kalabakan dan Batu Sapi, serta kerusi DUN Merotai dan Bugaya.

Kami nekad dan ini sudah dipersetujui oleh majlis presiden HARAPAN Sabah.

Ini juga disahkan oleh pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong.

"Tetapi saya tidak tahu bagaimana dalam perundingan dengan WARISAN.

"Saya tidak tahu sama ada PAN termasuk atau tidak, tetapi kita perlu masuk kerana kita adalah komponen Pakatan Harapan.

Wong berpendapat bahawa platform HARAPAN sepatutnya digunakan dalam perbincangan dengan WARISAN.

Penganalisis politik Sabah berpendapat Christina Liew Pengerusi Pakatan Harapan Sabah akan berhadapan tugas sukar menyelesaikan isu kerjasama pembangkang memandangkan Shafie Apdal seolah-olah mengetuai pakatan itu. Pertandingan banyak penjuru dikalangan pembangkang nampaknya tidak dapat dielakkan.

Shafie Apdal sebelum ini mengesahkan akan berbincang semula dengan DAP dan PKR. Sentimen Warisan sebagai ayam tambatan Mahathir di Sabah nampaknya bakal merugikan parti itu jika tidak diselesaikan segera.

2 Comments