Najib Luluskan Jambatan Bum Bum, Shafie Hanya Mampu Jatuh Laut
18:04 Apr 09, 2018  |  By
Najib Luluskan Jambatan Bum Bum, Shafie Hanya Mampu Jatuh Laut

Berapa lama janji Shafie Apdal Jambatan Pulau Bum Bum? Shafie hanyya mampu jatuh jambatan tetapi jambatan tak dibina walaupun Shafie jadi Menteri KKLW.

VIDEO UCAPAN PM DI SEMPORNA

SEMPORNA - Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melakukan lawatan kerja pertamanya ke Semporna hari ini bukan saja telah melancarkan Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna, menyerahkan geran tanah anak negeri kepada 1,000 orang penerima dan mengisytiharkan status Bum-Bum sebagai Pejabat Daerah Kecil tetapi turut membawa dua khabar gembira kepada rakyat Semporna.

Perdana Menteri mengumumkan projek menaik taraf jalan raya sepanjang 18 kilometer dari bulatan simpang ke Kunak hingga ke Pekan Semporna daripada dua laluan kepada empat laluan serta pembinaan jambatan menghubungkan Pulau Bum-Bum dengan tanah besar Semporna.

"Ini adalah keprihatian Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Semporna dan atas permintaan pemimpin di sini dan Ketua Menteri Sabah (Tan Sri Musa Aman)," katanya.

Perdana Menteri berkata pembinaan jambatan itu akan menjadikan bumi Semporna berubah menjadi pusat pelancongan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Justeru, beliau meminta rakyat Semporna terus memberikan sokongan kepada BN bagi membolehkan perubahan besar dilakukan kepada daerah ini.

Terdahulu ketika berucap, Ketua Penerangan UMNO Semporna Datuk Ramlee Marahaban menyentuh tentang keperluan pembinaan jambatan menghubungkan Pulau Bum-Bum dengan tanah besar Semporna yang sudah lama dinanti-nantikan oleh penduduk di pulau itu.

Katanya pembinaan jambatan tersebut juga bagi kemudahan penduduk di pulau itu dan merancakkan lagi pembangunan.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran pula dalam ucapannya menyatakan keperluan menambah laluan jalan raya dari simpang bulatan ke Kunak hingga ke Pekan Sempona itu bagi mengatasi kesesakan lalu lintas.

Pembinaan jambatan sepanjang 1.4 kilometer itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 penduduk di Pulau Bum-Bum yang tinggal di 52 kampung.

Ia juga sejajar dengan pengisytiharan Pulau Bum-Bum sebagai daerah kecil yang turut diadakan pada majlis yang sama.

Shafie Apdal Menteri KKLW sebelum ini berjanji membina jambatan itu bagaimana masih gagal dan menyalahkan pelbagai pihak berhubung kegagalannya.

Rakyat Semporna percaya kali ini projek jambatan Pulau Bum Bum akan dilaksanakan memandangkan kali ini ia janji Perdana Menteru

2 Comments