Senyum Sabah dan Sarawak Terus Mekar Dalam Manifesto BN PRU ke 14
05:04 Apr 10, 2018  |  By SabahKini2
Senyum Sabah dan Sarawak Terus Mekar Dalam Manifesto BN PRU ke 14

Hak Sabah dan Sarawak bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan direalisasikan secara konsensus.

Manifesto BN PRU-14: SENYUM SABAH DAN SARAWAK.

Manifesto BN untuk PRU-14 antara lain menggariskan bahawa hak Sabah dan Sarawak bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan direalisasikan secara konsensus. Bermakna manifesto turut menekankan sifat konsensus dan perkongsian kuasa sebenar antara negeri dengan kerajaan pusat, di samping konsisten dengan agenda memperkasakan semangat MA63. Usaha DS Najib perlu dipuji atas keberanian beliau memperbetulkan kesilapan dan kesalahan sewaktu zaman sentralisasi kuasa bawah kepemimpinan Mahathir dahulu.

Dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) ada dicadangkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menyemak MA63 merupakan suatu cadangan 'lapuk' kerana ianya sudahpun dilakukan kerajaan BN pimpinan DS Najib. Nampak sangat PH tidak peka dengan keprihatinan kerajaan BN dan tidak ambil tahu pun kehendak rakyat Sabah dan Sarawak. Manifesto BN adalah jauh lebih ke hadapan dalam pemerkasaan Sabah dan Sarawak berbanding PH.

Demi kesinambungan dan pembangunan berterusan rakyat Sabah dan Sarawak, sokongan dan mandat harus terus diberikan kepada BN pada PRU-14.

Antara akujanji Manifesto BN berkaitan SENYUM SABAH DAN SARAWAK:

  1.  Hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 akan direalisasikan secara konsensus.
  2.  Meningkatkan kualiti liputan telekomunikasi di seluruh Sabah dan Sarawak – RM2 bilion.
  3.  Meluaskan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion.
  4.  Memansuhkan label harga barang mengikut kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak ke arah Satu Negara Satu Harga.
  5.  Menaiktaraf rumah panjang di Sarawak dan rumah air di Sabah.
  6.  Memperkukuhkan jaringan pengangkutan di Sabah dan Sarawak dengan menaiktaraf 12,500km jalan luar bandar.
  7.  Meneruskan subsidi bekalan air di pedalaman Sabah.
  8.  Menyediakan peruntukan khas untuk usahawan-usahawan Sabah dan Sarawak.
  9.  Mencerap lebih banyak fakta dan perspektif sejarah dari Sabah dan Sarawak.
  10.  Menubuhkan Institut Kajian Peribumi dan Penduduk Asli di Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaysia Sabah.
  11.  Meningkatkan kemampuan kuasa persenjataan pasukan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).
  12.  Mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan darat di Sabah dan Sarawak – (AKSEM) dan AKSEMNET.
  13.  Menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan.
  14.  Membina Lapangan Terbang Mukah dan Lawas.
  15.  Membina Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Tebedu, Sarawak dan Kalabakan, Sabah.
  16.  Membina Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) bernilai RM4.3 bilion.
  17.  Menaiktaraf laluan kereta api Sabah dari Halogilat ke Tenom
  18.  Mewujudkan 3 skim pembentungan di Sabah.
  19.  Membina 5 Loji Enap Cemar di Sarawak.
  20.  Memberikan peruntukan khusus untuk melatih tenaga pengajar dan keperluan bahan pengajaran Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun, seterusnya disalurkan ke Unit 
     Bahasa Iban, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Unit Bahasa Kadazandusun, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
  21.  Memberikan peruntukan khas untuk Kursi Kadazandusun di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
  22.  Menambah jumlah pegawai-pegawai yang berkaitan dengan perkhidmatan Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan
     Negeri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
  23.  Memperkasa suku kaum Dayak dengan mewujudkan program khas serta bantuan dana bagi aktiviti menyukat tanah adat, usahawan-usahawan Dayak dan pengajaran 
     Bahasa Dayak.
  24. Dalam masa yang sama menyokong usaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam melaksanakan program-program di bawah Unit For Other Religions (UNIFOR).

Rakyat Sabah dan Sarawak pasti akan terus tersenyum dengan kenaikan BRIM sehingga RM2000 malah anak penerima BRIM yang belajar di Universiti menerima RM1500. Inilah bukti Kerajaan BN terus konsisten membela rakyat. Sabah dan Sarawak mendapat manfaat pembangunan yang besar dari kutipan GST negara.

layari: https://www.barisannasional.org.my/manifesto/senyum-sabah-dan-sarawak/

Comment