Malaysia Memilih 9 Mei 2018, Mengapa Pembangkang Meroyan?
10:04 Apr 10, 2018  |  By SabahKini2
Malaysia Memilih 9 Mei 2018, Mengapa Pembangkang Meroyan?

Pengundian pada hari kerja bukan baru. Zaman Tun Mahathir saja 3 kali dilakukan bukan hari Sabtu dan Ahad.

PUTRAJAYA, 10 April - Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ditetapkan pada 9 Mei.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah ketika mengumumkan perkara itu berkata tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

"Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga 11.59 malam 8 Mei," katanya semasa mengumumkan tarikh-tarikh penting PRU14 pada sidang akhbar khas yang turut disiarkan secara langsung di RTM, di ibu pejabat SPR di sini hari ini.



Pada PRU13 lepas, tempoh berkempen yang ditetapkan ialah selama 15 hari.

Menurutnya lagi, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan 11 April.

"Seramai 259,391 petugas dilantik dalam kalangan penjawat awam bagi membantu mengendalikan proses PRU-14 yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta," katanya pada sidang media jam 12.15 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

"Sebanyak 8,989 premis dan bangunan digunakan sebagai pusat mengundi, yang merangkumi hampir 29,000 saluran mengundi," katanya.

Mohd Hashim juga berkata, sebanyak 14 negara daripada ASEAN, ASIA dan negara Komanwel serta pusat kajian antarabangsa dijemput sebagai pemerhati proses PRU-14.

"SPR juga melantik 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan selain wakil universiti awam bagi menjalankan pemerhatian terhadap proses PRU-14 ini.

"Justeru itu, SPR tidak mengiktiraf mana-mana organisasi atau individu yang tidak dilantik bagi tujuan itu," katanya.

Pembangkang mempersoalkan tarikh PRU ke 14 kali ini yang jatuh pada hari rabu sebagai agenda BN sedangkan sejak PRU diadakan tahun 1955 hinggalah sekarang 5 kali PRU diadakan pada hari kerja, malah di Zaman Tun M 3 kali laksanakan hari kerja iaitu 22 April 1982 (Khamis), 25 April 1995 ( Selasa) dan 29 November 1999 (Isnin).

 

Comment