Kerusi DUN Matunggong Kekal Untuk PBS- Musa Aman
08:04 Apr 11, 2018  |  By SabahKini2
Kerusi DUN Matunggong Kekal Untuk PBS- Musa Aman

Saya telah merujuk kepada Timbalan Pengerusi BN YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan perkara yang dinyatakan berkaitan peminjaman kerusi tersebut merupakan sekadar cadangan pihak tertentu sebagaimana yang pernah berlaku di beberapa tempat la

KENYATAAN MEDIA KETUA MENTERI SABAH YAB TAN SRI MUSA HAJI AMAN

Barisan Nasional (BN) akan kekal meletakkan wakil dari Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

Saya telah merujuk kepada Timbalan Pengerusi BN YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan perkara yang dinyatakan berkaitan peminjaman kerusi tersebut merupakan sekadar cadangan pihak tertentu sebagaimana yang pernah berlaku di beberapa tempat lain.

Setelah diperjelaskan, pembahagian kerusi di antara parti-parti komponen di Sabah adalah kekal status-quo, sebagaimana cadangan BN Sabah yang telah saya maklumkan sebelum ini.

Kedudukan dan peranan setiap parti dalam komponen Barisan Nasional perlu dihormati dan diiktiraf. Inilah pendirian BN Sabah dan inilah juga pegangan saya dalam memimpin UMNO Sabah.

11 April 2018

1 Comment