MMC Milik Syed Mokhtar Gagal Beli 20 Peratus Kepentingan Sabah Port
19:04 Apr 11, 2018  |  By
MMC Milik Syed Mokhtar Gagal Beli 20 Peratus Kepentingan Sabah Port

Kerajaan Negeri gagalkan pembelian 20 peratus kepentingan terhadap Sabah Port oleh MMC milik Syed Mokhtar.

KUALA LUMPUR - Cadangan MMC Corporation Bhd untuk memperolehi 20 peratus kepentingan dalam Sabah Ports Sdn Bhd menerusi unit milik penuhnya, Suria Capital Holdings Bhd, ditolak oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MMC berkata unit kerajaan negeri itu telah memaklumkan pihaknya mengenai keputusan berkenaan melalui satu surat.

Sayap pelaburan kerajaan Sabah, Warisan Harta Sabah Sdn Bhd, dilaporkan mempunyai kawalan 45.4 peratus ke atas Suria Capital, diikuti oleh Yayasan Sabah Group (3.67 peratus) 

Secara keseluruhan, negeri itu memiliki 50.37 peratus kepentingan di dalam Suria Capital.

Sabah Ports mempunyai konsesi 30 tahun, yang bermula pada 2004, untuk mengurus dan mengendalikan lapan pelabuhan di negeri itu.

 

1 Comment