Geng 7 Sepanggar di Ketuai Anak Matusin Sertai Warisan, Jumat Tidak Muncul
08:04 Apr 12, 2018  |  By SabahKini2
Geng 7 Sepanggar di Ketuai Anak Matusin Sertai Warisan, Jumat Tidak Muncul

Seperti dijangka Geng 7 AJK UMNO Sepanggar memang akan menyertai Warisan. Apakah mereka mendapat tempat Warisan Sepanggar? Jadi calon atau sebagainya?

KOTA KINABALU: Sebagaimana dijangka Geng 7 UMNO Sepanggar yang selama ini sudah tidaik berminat dalam tugasan AJK UMNO meletak jawatan akhirnya menyertai Parti Warisan. Turut bersama mereka ialah kira-kira 150 ahli UMNO Bahagian Sepanggar yang kecewa malam tadi.

Tindakan Geng 7 diketuai Azhar Matussin Anak Datuk Matussin yang aktif Warisan, Sahar Mantamin, Jamrin Wahid, Zaidi Atoh dan Ladis Idris serta Ketua Penerangan UMNO bahagian Kota Kinabalu, Datuk Junaidi Rahman. 

Menurut sumber 6 AJK itu hanya berpura-pura bertahan susulan pengantungan Datuk Jumaat Ketua Bahagian Sepanggar sebelum ini sehinggalah pengumuman meletak jawatan dan melompat kepada Parti Warisan. 

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau yakin lebih ramai lagi ahli UMNO membabitkan AJK dan cawangan akan keluar untuk menyertai parti itu dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya jika penyandang Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris akan turut berbuat demikian, Mohd Shafie berkata tiada perundingan dilakukan setakat ini dan beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan itu kepada Jumat.

"Itu terserah dengan dia. Dalam politik ni, saya tidak mahu paksa orang. Kalau dia nak masuk (Warisan), masuklah. Kita tidak boleh tolak sesiapa yang hendak masuk parti sebab dia akan menguatkan parti kita.

"Kita boleh terima sesiapa yang hendak masuk parti Warisan, tidak ada syarat," katanya dalam sidang media bersempena Program Santai PDM Kampung Likas, Kota Kinabalu, pada Rabu.

Sebelum ini, terdapat spekulasi mengatakan Jumat, yang keahliannya dalam UMNO masih tergantung setakat ini, dijangka akan keluar parti selepas kedudukannya sebagai calon kerusi parlimen berkenaan cuba diambil alih oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang kini giat menjalankan siri jelajahnya di Sepanggar sejak akhir bulan Februari lalu.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sepanggar, Fadilah Haji Sarbi dalam facebooknya mendedahkan 7 orang yang meletak jawatan 6 orang AJK sudah tidak kelihatan bersama secara jelas dalam 2 mesyuarat perwakilan bahagian iaitu tahun 2016 dan 2017 lagi.

Encik Marino beralih arah setelah ditamatkan jawatan sebagai CDO Karambunai. Dalam rekod Encik Marino tidak pernah gagal datang bermesyuarat bahagian dan juga komited dalam tanggungjawab kepada mesyuarat jawatankuasa bahagian.

“Saya mengesahkan sepanjang pemangkuan Ketua Bahagian ini hampir 99% mesyuarat AJK tidak dihadiri 6 penama yang meletak jawatan itu kecuali Saudara Marino Ahmad”. katanya

1 Comment