Menjelang PRU14: MKN Sabah hantar balik 336 PATI Penyokong Warisan Ke Filipina Lagi
17:04 Apr 12, 2018  |  By
Menjelang PRU14: MKN Sabah hantar balik 336 PATI Penyokong Warisan Ke Filipina Lagi

PATI yang ditangkap secara terus terang berkata mereka penyokong Warisan dan bakal jadi warganegara jika Warisan memerintah.

SANDAKAN- Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah menghantar balik 336 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia menerusi dua operasi di sini dan Tawau.

Pengarahnya Datuk Rodzi Md Saad berkata seramai 289 PATI Filipina merangkumi 211 lelaki dewasa, 53 perempuan dewasa dan 25 kanak-kanak yang dihantar balik adalah tahanan dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga di sini.

Menurut sumber ada kalangan mereka juga didapati penyokong tegar Parti Warisan. Mereka berharap akan mendapat kewarganegaraan jika Warisan menjadi pemerintah. Bagaimanapun hasrat mereka tidak tercapai. Mereka akan dihantar balik ke negara asal dengan menaiki feri menerusi Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya 47 lagi PATI Indonesia terdiri daripada 37 lelaki dan 10 wanita merupakan tahanan PTS Tawau yang dihantar balik dengan menaiki feri dari Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia.

Beliau berkata sehingga semalam,  terdapat 4,827 PATI ditahan di empat PTS di negeri ini iaitu PTS Kota Kinabalu (1,528 PATI), PTS Papar (1,038 PATI), PTS Sibuga (1,076 PATI) dan PTS Tawau (1,185 PATI).  

Rodzi berkata jumlah PATI yang dihantar balik ke negara asal dari negeri ini sejak 1990 hingga hari ini adalah seramai 569,439 orang.

2 Comments