Skandal seks gegarkan Kementerian Kewangan Jepun
12:04 Apr 14, 2018  |  By
Skandal seks gegarkan Kementerian Kewangan Jepun

MENTERI Kewangan, Taro Aso. - Foto Reuters

Jika dahulu di Malaysia Skandal Seks Shafie Apdal dan Zahida sehingga sekarang masih misteri. Agak-agak sebelum PRU 14 terungkai?

TOKYO: Kementerian Kewangan Jepun terjebak dalam skandal seksual yang semakin meruncing hari ini selepas sebuah majalah menyiarkan audio seorang birokrat kanan mengganggu secara seksual seorang wartawan wanita.

Majalah Shukan Shincho melaporkan awal minggu ini bahawa birokrat kanan kementerian mengganggu secara seksual beberapa wartawan wanita, tetapi Menteri Kewangan, Taro Aso, pada awalnya berkata beliau tidak rancang menyiasat laporan atau menghukum pegawai terbabit, yang dikatakan 'sudah menyesal'.

Hari ini, beliau berkata pegawai berkenaan, Junichi Fukuda, akan dipecat jika gangguan itu terbukti, tetapi kementerian tidak bercadang mengadakan siasatan.

Beberapa jam kemudian, majalah itu menyiarkan apa yang dikatakan audio Fukuda dengan seorang wartawan wanita di sebuah bar.

"Saya akan ikat tangan kamu. Boleh saya sentuh payudara kamu?

"Bolehkah kita menjalin hubungan sulit sebaik bajet diluluskan?" suara lelaki kedengaran dalam rakaman itu.

Wartawan itu, yang tidak dinamakan, tidak kedengaran dalam rakaman dan identiti suara lelaki tidak dapat disahkan.

Majalah berkenaan melaporkan, beberapa wartawan wanita dilaporkan diganggu secara seksual oleh Fukuda, yang meminta untuk mencium dan membawa mereka ke hotel. - AFP

-BH.

Comment