Pengundi Penampang Tolak Darell Leiking Kerana 'Politik Lompat'
10:04 Apr 19, 2018  |  By SabahKini2
Pengundi Penampang Tolak Darell Leiking Kerana 'Politik Lompat'

Tahun lalu, ketika meninggalkan PKR, Leiking dilaporkan berkata, beliau tidak patut dianggap “katak”, istilah untuk mereka yang melompat parti.

KOTA KINABALU: Tindakan Darell Leiking melompat dari PKR ke Parti Warisan Sabah menyebabkan ramai pengundi di Penampang, kawasan majoriti Kadazan, tidak tahu siapa yang akan menjadi pilihan mereka malah ramai kecewa dengan tindakan Darell itu.

Leiking percaya keputusannya meninggalkan PKR 2 tahun lalu untuk membentuk Warisan bersama bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, yang kini presiden parti itu adalah betul. Leiking kini adalah timbalannya. Sumber mendedahkan Darell menerima sejumlah bantuan kewangan daripada Shafie Apdal untuk menyertai Parti Warisan yang dibeli dari Fred Gabriel.

Ia tidak mengejutkan ramai yang mengundi Leiking pada 2013, ketika beliau bertanding atas tiket PKR, kini tawar hati memandangkan beliau menyertai parti yang diketuai pemimpin Bajau-Suluk, dan mengambil kira sentimen perkauman di kalangan pengundi. Darell menang hanya kerana dengan sentimen menolak Bernard Dompok ketika itu yang sebelum ini dari Parllimen Ranau ke Parlimen Penampang. Sentimen menolak Bernard ketika itu sangat ketara.

Ahli kariah sebuah gereja di Penampang, mengadu mengenai kekecewaan dan tidak dapat memutuskan siapa yang menjadi pilihan mereka.

“Kali ini, saya mahu memilih seorang calon yang tidak akan melompat. Ia amat mengecewakan untuk melihat undi saya bazir begitu sahaja,” kata Kaety Deloris yang mengundi Terence Siambun, kini bendahari agung Warisan, di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog pada 2013. Terence sebelum ini menerima notis muflis daripada Jabatan Insolvensi bagaimanapun diselamatkan oleh Datuk Seri Shafie Apdal dan menyertai Warisan. 

Tahun lalu, ketika meninggalkan PKR, Leiking dilaporkan berkata, beliau tidak patut dianggap “katak”, istilah untuk mereka yang melompat parti.

“Katak melompat dari sebuah parti pembangkang ke parti pemerintah atau sebaliknya, tetapi saya hanya beralih dari sebuah parti pembangkang ke parti pembangkang lain.”

Andrew Dominic berkata, pembangkang nampaknya tiada strategi jelas untuk memajukan rakyat.

Seorang lagi pengundi, Andrew Dominic berkata pembangkang nampaknya tiada strategi jelas untuk memajukan rakyat.

Beliau mengakui tidak menyokong kempen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dan tidak pasti jika ia adalah masa sesuai untuk perubahan.

“Saya harap ada pertarungan satu lawan satu di Penampang, tetapi saya tahu itu tidak akan berlaku. Saya lebih prihatin dengan apa yang akan berlaku selepas pilihan raya kerana pembangkang nampaknya tiada strategi jelas untuk membawa kita ke depan.

“Kebanyakan ahli politik, termasuk Leiking hanya memikirkan diri sendiri, seperti melompat ke parti lain. Ini membuatkan pengundi marah.”

Oliver Galasius akan memilih calon yang dapat menyelesaikan masalah banjir di Penampang.

Bagaimanapun, Oliver Galasius dan Luke Maluda percaya penduduk Penampang akan memilih calon berbanding parti politik, kali ini.

“Saya akan lihat apa kata mereka dan perancangan untuk Penampang terlebih dahulu. Apa yang saya mahu sekarang ialah seorang wakil rakyat yang boleh menyelesaikan masalah di Penampang, khasnya banjir,” kata Galasius.

Maluda berkata, rakyat Penampang mahu memilih calon, bukannya parti politik kali ini.

Luke Maluda berkata, pengundi di Penampang akan memilih calon, bukannya parti politik kali ini.

Katanya, pada 2013, pengundi yang yakin dengan mesej perubahan PKR mengundi parti itu, tetapi tidak semestinya Leiking.

“Mereka sudah membuat keputusan, tetapi saya boleh nampak ramai yang tidak puas hati dengan Leiking dan mungkin tidak akan mengundi beliau lagi.

“Mengenai kerusi Siambun, saya rasa itu boleh dianggap kerusi selamat untuk Upko (Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu), dengan Setiausaha Agungnya, Datuk Donald Mojuntin bertanding di sana. Lebih mudah untuk menang, saya rasa.”

Pemimpin Warisan bagaimanapun mengunci mulut sama ada Leiking akan dicalonkan semula di Penampang.

 

6 Comments