Idahan Akan Terus Kekal Sokong BN
05:04 Apr 22, 2018  |  By SabahKini2
Idahan Akan Terus Kekal Sokong BN

Pilihanraya pilihanraya sebelum ini etnik Idahan sentiasa beri sokongan kepada kerajaan negeri Sabah

LAHAD DATU:  Etnik Idaham merupakan salah satu etnik yang cukup berpengaruhi sekitar Pantai Timur Sabah khususnya di Parlimen Silam

Datuk Hj Datu Nasrun Mansur, mantan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia berikrar akan terus berkhidmat kepada etnik Idahan selagi perkhidmatannya diperlukan.

“Pilihanraya pilihanraya sebelum ini etnik Idahan sentiasa beri sokongan kepada kerajaan negeri Sabah.

 

“Saya amat berharap sokongan ini akan terus diberikan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke14 ini lagi.” katanya semasa merasmikan majlis yang menghimpunkan ketua-ketua pemimpin di kalangan etnik Idahan Di Dewan Seri Perdana, Lahad Datu semalam.

“Tahniah (Persatuan Etnik Idahan Sabah- PEIS) atas penganjuran program ini yang mampu tonjolkan budaya etnik Idahan hingga ke hari ini.

“Kita tahu jika sesuatu budaya itu tidak dipelihara dan dipraktikkan pasti budaya tersebut akan hilang dek zaman”.

Majlis ini turut dihadiri Ketua Daerah Lahad Datu, Haji Okk Hj Amat Paduka Kaoh, Presiden PEIS, Abdul Karim Hj Dakog, Ketua Anak Negeri Dun Lahad Datu, Haji Sulaiman bin Atok dan pemimpin setempat Idahan sekitar daerah ini.

“Sejarah telah membuktikan bahawa etnik Idahan merupakan bangsa terawal memeluk agama Islam sekitar tahun 1408. Ia lebih awal dari pengislaman Parameswara pada tahun 1411.” katanya.

“Semoga etnik ini akan terus dibela di bumi Sabah di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita pada hari ini yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat hingga ke akar umbi.” katanya.

Comment