Sangom Maglami Lami Regeta Lepa Semporna Erat Perpaduan Rakyat
05:04 Apr 22, 2018  |  By SabahKini2
Sangom Maglami Lami Regeta Lepa Semporna Erat Perpaduan Rakyat

Tempoh ini juga mempamerkan dan tidak ketelaluan dikatakan sokongan rakyat Semporna masih lagi utuh bersama pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional.

SEMPORNA - Setiap etnik di Sabah ini mempunyai budaya untuk diperkenalkan kepada masyarakat umum.

Tempoh 25 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan utuh untuk buktikan sejauh mana tahap sokongan rakyat kepada sesebuah kerajaan.

Tempoh ini juga mempamerkan dan tidak ketelaluan dikatakan sokongan rakyat Semporna masih lagi utuh bersama pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Majlis Sangom Maglami-lami Regeta Lepa adalah majlis yang dianjurkan setiap tahun di daerah Semporna. Program ini memaparkan keunikan, keindahan serta perpaduan di dalam etnik Bajau Timur Sabah.

Tahun ini majlis tersebut telah mencapai usia jubli perak dan masa yang sama juga rakyat semakin matang untuk menilai kerajaan Barisan Nasional yang selama ini sentiasa peka dan serius memenuhi aspirasi rakyat Semporna tanpa berbelah bagi.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna menyampaikan rasa syukur dan gembira dengan melihat kemeriahan majlis ini bersama-sama rakyat Semporna.

“Terima kasih kepada seluruh masyarakat semporna kerana kita bersama-sama menjayakan program ini yang sudah berusia 25 tahun.

“Ini adalah bukti bahawa kita (masyarakat Semporna) sentiasa menyokong kerajaan Barisan Nasional melalui kemeriahan yang kita kongsi bersama pada malam ini,” katanya semasa menghadiri Majlis Malam Penangguhan / Sangkm Maglami-lami Regata Lepa Semporna Ke-25 di Padang Bandaran Semporna.

Turut hadir pada majlis ini Yang DiPertua USIA, Dr. Tun Sakaran Dandai, Pegawai Daerah Semporna, Dr Chacho Hj Bullah, Pengerusi ICON Bajau, Saadilah Abdillah dan pemimpin-pemimpin setempat di daerah ini.

Nasir turut berkata bahawa pucuk pimpinan BN amat prihatin dan sensitif dengan aspirasi rakyat untuk terus memperkasakan budaya kita hingga ke peringkat lebih tinggi.

“Kerajaan sentiasa peka dan serius dalam memperkasakan budaya setiap etnik yang ada di negeri ini.

“Melalui penganjuran regeta lepa-lepa ini ia bukan saja memaparkan budaya etnik Bajau Timur tetapi ia juga mengeratkan lagi perpaduan dan silaturrahim sesama kita.” katanya.

Nasir turut memaklumkan perayaan seperti ini akan mengangkat budaya (etnik bajau) hingga ke persada dunia kerana majlis ini turut menarik minat di kalangan para pelancong diluar dan dalam negara.

Kerajaan negeri akan terus menyokong inisiatif semua pihak yang mahu memartabatkan kebudayaan serta tradisi suku kaum dan etnik di Sabah. Peruntukan Festival Regatta Semporna kali ini ditingkatkan kepada RM250,000 daripada RM150,000 pada tahun lalu.

"Penglibatan sektor swasta juga sudah pasti akan memberi impak positif kepada usaha mengangkat kepelbagaian budaya masyarakat di negeri ini," teks ucapan perasmian Festival Regatta Lepa Semporna 2018 yang dibacakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban di sini, hari ini.



1 Comment