Ronny Sokong Ellron Pandangan Peribadi,Tiada Kaitan PBS
14:04 Apr 22, 2018  |  By SabahKini2
Ronny Sokong Ellron Pandangan Peribadi,Tiada Kaitan PBS

Selepas dirujuk dengan Ketua Bahagian Sook merangkap Setiausaha Agung PBS, Suman Yasambun menyatakan kenyataan tersebut dibuat atas kemahuan sendiri (Ronny) dan tidak sesekali mewakili pandangan rasmi PBS.

Kota Kinabalu : Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak ada sebarang kaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Bahagian PBS Sook, Ronny Rusikan yang beri sokongan terhadap Datuk Ellron Alfred Angin untuk kerusi Parlimen Pensiangan.

Selepas dirujuk dengan Ketua Bahagian Sook merangkap Setiausaha Agung PBS, Suman Yasambun menyatakan kenyataan tersebut dibuat atas kemahuan sendiri (Ronny) dan tidak sesekali mewakili pandangan rasmi PBS.

“Kita melihat sebahagian besar ahli di Bahagian Sook (PBS) bersetuju dan sekali gus menyokong mana-mana calon Barisan Nasional yang akan diketengahkan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) bagi kerusi Parlimen Pensiangan dan dua kerusi Dun (Sook dan Nabawan).

“Semua ini dilakukan atas semangat Barisan Nasional. Kami berikrar untuk terus beri kerjasama dan bekerja keras memastikan calon BN menang.” katanya kepada media.

Pada masa yang sama, Roony turut mendedahkan tahap sokongan ahli di bahagian ini akan terus menyokong Presiden PBS, Tan Sri Joseph Kurup dan anaknya Arthur untuk menduduki calon kerusi negeri Sook dan Nabawan.

Comment