Jika Warisan Berkuasa Pasti Cubaan 12 PATI Filipina Masuk Dibiarkan
10:04 Apr 24, 2018  |  By SabahKini2
Jika Warisan Berkuasa Pasti Cubaan 12 PATI Filipina Masuk Dibiarkan

Bot pam itu didapati membawa enam lelaki dan enam wanita berumur antara 4 hingga 55 tahun dan kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau mematahkan cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina memasuki perairan Kinabutan di sini, dengan menaiki sebuah bot pam, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Romli Mustafa berkata anggota APMM yang sedang meronda menerima maklumat mengenai perkara itu dan berjaya mengesan bot pam tanpa sebarang nombor pendaftaran cuba masuk ke perairan negara ini pada pukul 1 pagi.

“Bot pam itu didapati membawa enam lelaki dan enam wanita berumur antara 4 hingga 55 tahun dan kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hasil pemeriksaan ke atas bot turut menemukan muatan tong gas kosong serta rokok jenama Astro yang dianggarkan bernilai RM40,000.

Romli berkata, kesemua PATI dan barang rampasan dibawa ke jeti APMM Tawau kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 , Akta Kastam 1967 serta Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut Romli, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti jenayah di laut termasuk kecemasan khususnya berlaku di perairan Tawau supaya menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999. 

Comment