Perjuangan Shafie Hanya Untuk Kepentingan Sendiri - Richard Yong
00:04 Apr 25, 2018  |  By SabahKini2
Perjuangan Shafie Hanya Untuk Kepentingan Sendiri - Richard Yong

Jika benar dia berjuang untuk orang Sabah, sepatutnya perjuangan itu bermula sebelum dia dipecat dari jawatan Menteri Persekutuan”. katanya

Kota Kinabalu – Perjuangan menuntut hak Sabah kini menjadi populis di kalangan pemimpin dan politikus Sabah menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Siapa yang berjuang akan dilihat sebagai hero anak Sabah yang akan memenangi hati rakyat.

Tuntutan ini menjadi pergolakan di kalangan pemimpin pembangkang bila saling bercakaran mempertingkaikan sejauh mana keikhlasan perjuangan mereka untuk menarik perhatian rakyat Sabah pada PRU14.

Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong secara tegas berkata “Saya ragui perjuangan Shafie Apadal untuk memperjuangkan hak orang Sabah kerana dia hanya mahu berjuang bila dipecat dari jawatan menteri Persekutuan.

“Semua orang (Sabah) tahu perjuangan sebenar Shafie berkepentingan peribadi, dia bermasalah dengan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan dia juga mempunyai agenda tersembunyi untuk mendapatkan jawatan Ketua Menteri.

“Jika benar dia berjuang untuk orang Sabah, sepatutnya perjuangan itu bermula sebelum dia dipecat dari jawatan Menteri Persekutuan”. katanya kepada media.
Yong turut menangkis kenyataan Muhyiddin yang telah memaklumkan kepada media bahawa Shafie adalah pemimpin yang kerap membangkitkan pelbagai isu Sabah dalam mesyuarat cabinet ketika menyandang jawatan menteri.

“Jika benar, dia membawa isu Sabah mengapa baru sekarang dia mahu berjuang untuk hak Sabah dan kenapa tidak ketika pegang jawatan Persekutuan.” katanya lagi.

1 Comment