Warisan Matunggong Ditipu: Surat Terbuka Kepada Presiden Warisan Shafie Apdal
07:04 Apr 25, 2018  |  By SabahKini2
Warisan Matunggong Ditipu: Surat Terbuka Kepada Presiden Warisan Shafie Apdal

Setelah 1 tahun 5 bulan dan 14 hari kami berjuang siang dan malam, membuang duit, tenaga dan masa dan akhirnya kerusi Matunggong diberikan kepada PKR yang hanya goyang telur di Matunggong selama kami berjuang?.

Biar saya luahkan kekesalan bagi mewakili ahli Warisan Matunggong yang menjangkau ke jumlah hampir 9 ribu orang. Kami tahu dan sedar bahawa luahan ini tak akan mempengaruhi lagi keputusan dari Dato' Seri Shafie Apdal tentang kerusi N4 Matunggong.

Warisan Matunggong diasaskan oleh Tuan Barlus Mangabis atas syor Datuk Peter Anthony. Cabaran pertama kami ialah kami difahamkan bahawa Siri Jelajah pertama Warisan bertempat di Sikuati dalam kawasan Dun Matunggong dan di Pengerusikan oleh Tuan Barlus sendiri dan masa itu beliau masih menjawat jawatan sebagai seorang guru. Dalam siri jelajah tersebut.Pengorbanan pertama kita dengar adalah dari pengasas Warisan Pitas iaitu Tuan Zinin apabila mengumumkan keluar dari Umno sebagai Pemaju Mukim..

Bermulah episod baru kami di Matunggong sebagai pengasas Warisan Dun Matunggong..

Tuan-tuan tahu apa cabaran kami semasa kami memperkenalkan Warisan di kawasan yang 80% adalah berbangsa Rungus?Sangat sukar. Kami dituduh pengkhianat bangsa.Parti yang kami perkenalkan mereka anggap adalah parti dari PTI Filipina, Lanun, Suluk dan bermacam lagi.

Tetapi kami tak pernah mengalah. Perlahan-lahan kami mendekati penduduk kampung.Kami melawat saudara-saudara terdekat sebagai permulaan.Ajaibnya..Dalam masa 6 bulan sahaja Warisan sudah disebut-sebut di Matunggong sebagai parti baru yang bakal menumbangkan BN..Dalam masa 6 bulan tersebut, Ketua Penyelaras Dun Matunggong telah meletakkan jawatan sebagai guru kerana memberi tumpuan kepada Parti Warisan. Kita sewa pejabat hasil dripada ehsan ahli warisan untuk membayar sewa bulanan dalam masa 7 bulan, kita sudah menerima keahlian sebanyak 5,416 ahli. Maksudnya di sini, Warisan sdh di terima di Matunggong. Undangan dari penduduk kampung tak pernah putus untuk menubuhkan cawangan.Kami sudah menakluki kawasan muslim yg selama ini dibawah kekuasaan Umno..Di pendekkan cerita..

Setelah 1 tahun 5 bulan dan 14 hari kami berjuang siang dan malam, membuang duit, tenaga dan masa..Dan pada akhirnya kerusi Matunggong diberikan kepada PKR yang hanya goyang telur di Matunggong selama kami berjuang?.

Adil kah bagi kami di Matunggong?

Sesudah kami perkuatkan PDM kami, Cawangan kami, petugas paca kami dan semua keperluan Parti termasuk menyediakan markas-markas gerakan dan cawangan Dato' Seri Shafie Apdal, Darrel Leiking, Datuk Peter dan Loretto sudah menerima secara terperinci yang sudah pun kami serahkan melalui tangan Ketua Penyelaras Tuan Barlus Mangabis.

Adilkah bagi kami bahawa Warisan tak di calonkan di Matunggong? Bagaimana PKR Mahu Menang?

Mesej di sini sangat jelas.Semua 31 PDM di Matunggong tak berpuas hati. Kami tau hal Matunggong lebih daripada org lain dan Warisan Pusat sepatutnya tahu hal ini.Bukan Warisan Pusat yang mengembara di seluruh pelosok Matunggong tetapi kami semua.Kami tau kekuatan Warisan Matunggong. Dan kami tau juga PKR sudah mati di Matunggong.
Musim kali ini adalah tolak Parti dari Malaya. Maknanya.Kami tak dapat jamin kemenangan  PKR Di Matunggong.

Macam mana PKR nak menang kalau Petugas Paca pun baru nak mula kumpul besok. Jentera Pilihanraya baru nak tubuh.Ketua-ketua pdm baru nak lantik.Cawangan-cawangan hampir tiada. Macammana mahu menang? Mahu guna jentera Warisan kah?

Sekali lagi saya tegaskan di sini.

Adil kah bagi pejuang Warisan Matunggong setelah Warisan Matunggong diberi jolokan sebagai nombor 2 kekuatan di Semporna dan diabaikan begitu saja dibawah seliaan Tuan Barlus Mangabis yang sanggup berkorban segalanya?.Saya boleh jamin undi saya untuk warisan dalam Parlimen tetapi saya tak boleh jamin kekecewaan ahli warisan seramai hampir 9 ribu di Matunggong.

INI MESEJ YANG SANGAT JELAS DARI BUMI MATUNGGONG UNTUK WARISAN PUSAT.

Saya yang benar,

Setiausaha Warisan Dun Matunggong
AMT P168 Kota Marudu.

11 Comments