BN perlu ambil Semula Kadamaian demi pembangunan rakyat
21:04 Apr 27, 2018  |  By SabahKini2
BN perlu ambil Semula Kadamaian demi pembangunan rakyat

Tidak boleh dinafikan bahawa pembangunan di kawasan Kadamaian adalah usaha BN..oleh itu tiada sebab untuk rakyat di sini menolak calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14)

KOTA BELUD:  Rakyat Kadamaian masih memerlukan khidmat karajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di kawasan itu yang kini antara satu pusat pelancongan luar bandar di Sabah yang pesat membangun.

Penduduk di kawasan itu yang majoritinya dari suku kaum Dusun masih memberi kepercayan kepada BN untuk terus membangunkan Kadamaian khususnya dari segi pembangunan  infrastruktur, jaringan jalan raya yang diyakini mampu menjadi pemangkin kepada  kemajuan ekonomi masyarakat di kawasan berkenaan.

Sabitin Bansai, 50, dari Kampung Tinata berkata sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian beliau masih memberi kepercayaan kepada BN kerana hanya kerajaan BN yang berupaya untuk meneruskan usaha pembangunan di kawasan itu.

"Saya yakin hanya BN yang dapat merancakkan pembangunan seperti jaringan jalan raya yang sudah tentu dapat memajukan lagi sektor pertanian dan pelancongan di sini.

"Oleh itu sebagai penduduk di sini kami masih mahu kesinambungan kepimpinan BN agar masa depan Kadamaian terjamin seiring dengan kawsan lain di negeri ini," katanya kepada Bernama.

Ketua Kampung Bayayat,  Albert Bayat, 51, pula berkata tiada sebab untuk rakyat Kadamaian tidak menyokong BN kerana, parti itu sudah terbukti mampu membela nasib rakyat Sabah, khususnya di Kadamaian.

"Apa sebabnya saya setia dan masih menyokong BN kerana melalui BN lah kita dapat mengecapi pelbagai kemajuan  dan kita mahu ia diteruskan demi masa depan anak-anak kita.

"Oleh itu saya akan memberikan undi saya kepada calon BN di DUN Kadamaian dan calon BN di Parlimen Kota Belud," tambahnya.

Sementara itu, James Benkuoi,58,  dari Kampung Taginambur berkata walaupun DUN Kadamaian di menangi parti pembangkang pada pilihan raya umum lepas, namun usaha pembangunan jelas dilaksanakan oleh kerajaan BN.

"Tidak boleh dinafikan bahawa pembangunan di kawasan Kadamaian adalah usaha BN..oleh itu tiada sebab untuk rakyat di sini menolak calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini...banyak lagi pembangunan yang masih diperlukan di kawasan ini dan hanya BN yang boleh kita harapkan," katanya.

Mengulas menganai pencalonan Ketua UPKO Kota Belud Ewon Benedick di kerusi DUN Kadamaian, James berkata Ewon memang layak kerana beliau telah banyak berkerja keras di kawasan itu selepas pilihan raya lepas.

"Dengan pandangan mata kasar kita lihat dia selama ini banyak membantu rakyat dan memahami apa yang diperlukan rakyat di kawasan ini.

"Berdasarkan  usaha itu saya percaya penyokong BN di Kadamaian ini akan memberi kepercayan kepada beliau...walaupun tidak dinafikan ada juga rakyat yang beralih sokongan kepada pembangkang namun saya percaya lebih banyak lagi sokongan kepada BN," tambahnya.

Kerusi DUN Kadamaian yang sebelum ini merupakan kubu kuat BN, terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum yang lepas apabila dimenangi Jeremmy Malajad daripada PKR dengan majoriti 889 undi.

Jeremmy kemudiannya menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN, selepas keluar daripada PKR pada November 2013.

Selain PKR, BN dijangka berdepan beberapa calon daripada parti pembangkang termasuk Parti Solidariti Tanah Airku (Star) yang akan bertanding di DUN itu pada PRU14 ini.

Comment